3 Plugin Yang Perlu Dipasang Bagi Membantu SEO Blog Anda | Bina Blog Dot Com Sendiri

3 Plugin Yang Perlu Dipasang Bagi Membantu SEO Blog Anda

3-plugin-yang-perlu-dipasang-bagi-membantu-seo-blog-anda

Sebagai seorang pengguna sistem WordPress, kita sedia maklum bahawa plugin merupakan antara komponen terpenting yang boleh membantu blog kita daripada pelbagai sudut.

Selain daripada untuk tujuan mempercepatkan proses penerbitan artikel, WordPress Plugin juga boleh membantu proses SEO blog kita.

Plugin SEO Untuk Blog

Berikut adalah senarai plugin yang boleh anda gunakan bagi membantu usaha SEO blog anda.

#1 – Google XML Sitemaps

senarai-plugin-seo

Fail sitemap merupakan antara fail yang wajib ada pada setiap blog. Dengan menggunakan plugin ini, proses penjanaan fail tersebut semakin mudah. Anda tidak perlu lagi menggunakan cara lama menghasilkan fail Sitemap.

Setiap kali anda menerbitkan artikel atau pos terbaru pada blog, fail Sitemap anda akan dikemaskini secara automatik.

#2 – All In One SEO Pack

plugin-seo-untuk-blog

Dengan menggunakan plugin ini, proses memasukkan Meta Tag seperti Meta Description dan Meta Keyword pada artikel-artikel anda semakin mudah.

Anda juga boleh mengubah tetapan sama ada mahu artikel tertentu mahu diindeks oleh bot enjin carian seperti Google atau disekat daripada diindeks (kandungan sulit atau rahsia).

Baca: Teknik Mudah SEO – Bagaimana Cara Untuk Menggunakan Plugin All In One SEO Pack?

#3 – Google Analytics for WordPress

plugin-seo-untuk-wordpress

Google Analytics merupakan salah satu perisian percuma di Internet yang boleh membantu kita melihat dengan lebih lanjut tentang data pelawat blog kita.

Dengan menggunakan plugin ini, proses integrasi antara sistem Google Analytics dan blog boleh dipermudahkan. Anda tidak perlu lagi ‘copy-n-paste’ kod yang diberikan oleh pihak Google kerana ianya agak teknikal.

Sebaliknya, anda hanya perlu isikan beberapa bahagian penting seperti kod Analytics Profile anda sahaja.

***

Kesimpulannya, terdapat pelbagai plugin SEO yang boleh anda gunakan untuk membantu SEO blog anda. Anda boleh lihat lebih banyak plugin SEO di sini.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,