3 Sistem Komen Popular Yang Mesti Anda Cuba Untuk Blog Anda Sekarang | Bina Blog Dot Com Sendiri

3 Sistem Komen Popular Yang Mesti Anda Cuba Untuk Blog Anda Sekarang

sistem-komen-untuk-blog-blogger-wordpress
Dengan perkembangan era Web 2.0 yang semakin drastik pada hari ini, pelbagai kemudahan tersedia bagi memudahkan kita sebagai penulis blog untuk berinteraksi dengan para pembaca.

Antara kemudahan itu adalah sistem komen yang digabung & diintegrasikan dengan akaun-akaun laman sosial yang popular hari ini bagi menggalakkan lagi lebih ramai pembaca untuk meninggalkan komen mereka dan berinteraksi dengan kita.

Antara sistem komen yang popular pada hari ini adalah:

#1 – Disqus

Disqus adalah salah satu platform yang sering menjadi pilihan para penulis blog pada hari ini. Antara kelebihan Disqus adalah:

#2 – Livefyre

Livefyre juga tidak kurang hebatnya dalam hal ini. Media teknologi popular seperti Mashable adalah antara yang menggunakan teknologi ini. Antara kelebihan sistem komen Livefyre adalah:

  • Diskusi yang lebih menarik dengan sokongan ‘Friend Tagging’ di mana kita boleh memanggil rakan-rakan kita di Facebook & Twitter dengan mudah hanya dengan menaip ‘@’ dan diikuti dengan nama mereka di Facebook atau Twitter.
  • Panel kawalan yang membolehkan kita sebagai penulis & pentadbir blog melihat, membalas, mengesahkan & memadam komen yang ditinggalkan oleh pembaca.
  • Sokongan perkongsian komen di mata kita boleh berkongsi mana-mana komen yang menarik dan bermanfaat di Facebook & Twitter.
  • Sokongan ‘LinkBack’ yang sama seperti CommentLuv di mana memberi peluang kepada mereka yang meninggalkan komen untuk memaparkan artikel terbaru di blog mereka pada ruangan komen.
  • Sokongan ‘Media Embedding’ yang membenarkan mereka yang meninggalkan komen menyertakan foto atau video rujukan bagi memudahkan rakan-rakan lain untuk melihat dan memahami apa yang cuba disampaikan daripada sesuatu komen.

#3 – Facebook Comments

3-sistem-komen-popular-yang-mesti-anda-cuba-untuk-blog-anda-sekarang
Pihak Facebook juga adalah menyediakan satu sistem komen percuma yang boleh digunakan pada blog. Antara kelebihannya adalah:

  • Para pembaca yang membaca artikel di blog kita boleh meninggalkan komen tanpa memasukkan apa-apa data seperti nama & emel – mereka hanya perlu log masuk ke Facebook untuk meninggalkan komen di blog kita.
  • Sokongan ‘reply’ membolehkan pembaca lain untuk membalas dan memberikan pendapat tambahan terhadap sesuatu komen.
  • Sokongan ‘like’ membolehkan pembaca lain menunjukkan tanda sokongan terhadap sesuatu komen yang ditinggalkan oleh pembaca lain.
  • Perkongsian terus ke Facebook – apabila seseorang meninggalkan komen di blog kita, komen itu juga akan dipaparkan di Facebook dan rakan-rakan mereka akan melihatnya di News Feed Facebook mereka (jika dipilih untuk dikongsikan di Facebook).

Plugin cadangan untuk pengguna WordPress: Facebook Comments.

***

Kesimpulannya, terdapat pelbagai sistem komen menarik yang boleh kita gunakan pada blog kita hari ini. Terpulang kepada keperluan blog kita sama ada mahu menggunakan sistem komen sedia ada atau menggunakan sistem komen pihak ketiga seperti yang telah dikongsikan di atas.

Kredit foto: seo4anyone, THOR.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , , , ,