3 Tips Keselamatan Blog WordPress Yang Perlu Anda Tahu | Bina Blog Dot Com Sendiri

3 Tips Keselamatan Blog WordPress Yang Perlu Anda Tahu

tips-keselamatan-laman-web-wordpress
Isu sekuriti merupakan salah satu isu yang sering menjadi keresahan dalam kalangan pemilik dan pentadbir laman web dan blog sejak kebelakangan ini. Sistem blog WordPress juga mempunyai risiko yang serupa.

Terdapat pelbagai cara yang boleh diambil untuk mengelakkan laman web dan blog berasaskan sistem WordPress daripada digodam atau menjadi mangsa serangan siber yang berleluasa ini.

Anda boleh mengamalkan langkah-langkah ini untuk mencegah dan mematahkan usaha mereka yang berniat jahat daripada menjadikan laman web atau blog anda sebagai ‘pentas’ untuk mereka mengembangkan bakat mereka itu.

#1 – Sembunyikan Nama Pengguna, Guna Yang Unik


Mungkin ketika anda sedang membaca artikel ini, username sistem WordPress anda masih lagi menggunakan “admin,” “test,” “administrator,” “Admin” dan “root”.

5 username ini merupakan username yang sering digunakan oleh penggodam untuk cuba masuk ke dalam sistem WordPress anda.

Apa yang boleh anda lakukan adalah, bina satu akaun pentadbir baharu (di dalam bahagian Users) menggunakan nama pengguna yang unik, guna nama yang lebih panjang di ruang First Name & Last Name.

Dan, pilih nama yang lebih panjang itu di ruang “Display Name Publicly As”. Seterusnya, log masuk ke akaun baharu, padam akaun pentadbir yang masih menggunakan salah satu daripada 5 nama pengguna di atas.

Dengan menggunakan cara ini, anda akan menyembunyikan nama pengguna yang sering dipaparkan pada bahagian artikel anda.

Jika sebelum ini anda melihat ayat ini “Posted by admin” (admin adalah username), sekarang anda akan mula lihat perubahan ayat ini kepada “Posted by Nama Yang Lebih Panjang Di Sini” (bukan lagi nama pengguna seperti dahulu).

#2 – Password Yang Kuat

tips-keselamatan-blog-dari-digodam
Kata laluan yang kuat bukan seperti “admin,” “qwerty,” “123456” dan “password” dan apa sahaja kata laluan yang mudah di agak oleh orang lain.

Cara terbaik untuk membina kata laluan adalah dengan gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol. Lebih panjang, lebih baik.

Kombinasi ini boleh mematahkan cubaan penggodam yang cuba mengagak kata laluan sistem WordPress anda.

Pastikan juga anda tidak mendedahkan kata laluan ini secara terbuka kepada mana-mana pihak dan simpan secara sulit.

#3 – Kemaskini Sistem, Plugins & Themes

kemaskini-sistem-wordpress
Sistem WordPress, plugins dan tema dibangunkan oleh kumpulan dan individu-individu yang bergerak secara bebas.

Struktur dan kod pembangunannya semakin hari semakin baik dan mempunyai ciri keselamatan tertentu.

Oleh yang demikian, pastikan anda menggunakan sistem WordPress, plugins dan tema terkini bagi memastikan laman web dan blog anda benar-benar selamat daripada risiko yang tidak diingini.

***

Kesimpulannya, anda boleh mengamalkan 3 langkah mudah ini untuk menguatkan lagi keselamatan laman web dan blog WordPress anda.

Kongsikan tips ini bersama rakan-rakan anda yang lain juga dan mari kita sama-sama bina blog yang lebih selamat.

Kredit foto: hey.pictrues, arkiss.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,