5 Kesilapan Lazim Yang Sering Dilakukan Oleh Pemilik Laman Web & Blog | Bina Blog Dot Com Sendiri

5 Kesilapan Lazim Yang Sering Dilakukan Oleh Pemilik Laman Web & Blog

5-kesilapan-lazim-yang-sering-dilakukan-oleh-pemilik-laman-web-blog

Pada hari ini, semakin banyak laman web & blog dibina setiap hari. Ada yang dibangunkan untuk tujuan bisnes, peribadi, khidmat masyarakat, pembelajaran, sosial dan bermacam-macam lagi.

Namun begitu, masih ramai dalam kalangan pemilik laman web dan blog ini melakukan kesilapan-kesilapan yang mungkin nampak kecil sahaja, tetapi impaknya cukup besar kepada laman web dan blog mereka.

Tonton video di bawah terlebih dahulu:

5 Kesilapan Lazim Yang Sering Dilakukan Pemilik Laman Web & Blog

Menurut pihak Google melalui video di atas, 5 kesilapan yang sering dilakukan oleh pemilik laman web dan blog adalah:

  1. Mengabaikan ‘usability‘ & ‘user-experience: Struktur laman web dan blog yang tidak kemas dan berterabur akan menyebabkan pembaca lari daripada laman web dan blog kita.
  2. Kandungan yang tidak relevan: Terdapat juga pemilik laman web dan blog yang gemar untuk meletakkan semua perkara pada laman web dan blog mereka.
  3. Mengabaikan proses pemasaran sebenar: Salah satu ‘mindset’ yang tidak betul apabila telah mempunyai laman web dan blog adalah melakukan ‘spamming’ terhadap laman web dan blog dengan harapan ianya boleh muncul di muka pertama enjin carian seperti Google.
  4. Tidak menggunakan ‘title tag’ & ‘description tag’ yang sempurna: Penggunaan ‘title tag’ dan ‘description tag’ memainkan peranan yang cukup penting dalam proses SEO selain memudahkan pengguna untuk mengingati jenama kita.
  5. Tidak ambil peduli tentang ‘best practices’ yang disarankan: Kebanyakkan pemilik laman web dan blog tidak menghiraukan nasihat-nasihat yang telah disediakan oleh mereka yang pakar. Mereka fikir laman web dan blog mereka sudah betul-betul baik dan sempurna.

5 Tips Mudah Untuk Kembali Ke Pangkal Jalan

Berikut adalah cadangan saya untuk anda yang telah membuat kesilapan-kesilapan di atas:

  1. Fahami apa yang pembaca mahu & ‘rasa’: Penting untuk kita tahu apa yang pembaca kita benar-benar mahukan daripada laman web dan blog kita. Struktur laman web dan blog yang tidak kemas harus ditambah baik bagi memastikan pembaca seronok untuk membaca apa yang telah kita sediakan.
  2. Tulis kandungan yang berkaitan sahaja: Harus diingatkan juga, tidak semua perkara perlu diletakkan di laman web dan blog kita. Pengguna Internet adalah golongan manusia yang sibuk. Mereka cenderung untuk membaca sepintas lalu sahaja apa yang terdapat dalam sesebuah laman web & blog.
  3. Amalkan pemasaran gaya berhemah: Jangan sesekali melakukan ‘spamming’ dengan mempromosikan pautan laman web dan blog anda secara agresif di Internet. Hormati pengguna Internet lain. Amalkan gaya pemasaran berhemah agar pembaca selesa untuk mendekati anda. Baca artikel ini dan artikel ini untuk belajar lebih lanjut tentang pemasaran laman web dan blog.
  4. Gunakan ‘title tag’ & ‘description tag’ yang sempurna: Bagi anda yang mempunyai kemahiran asas pengaturcaraan, pastikan anda menggunakan ‘title tag‘ dan ‘description tag‘ di dalam kod laman web & blog anda bagi memudahkannya di-indeks oleh sistem enjin carian.
  5. Belajar asas menguruskan laman web & blog dengan betul: Terdapat banyak sumber di Internet untuk belajar tentang pengurusan laman web dan blog dengan betul. Anda boleh juga memilih untuk hadir ke kursus atau bengkel yang berkaitan dengan topik ini untuk memahami dengan lebih lanjut tentang bagaimana untuk menguruskan laman web dan blog dengan betul.

***

Kesimpulannya, perkara-perkara remeh yang pada tanggapan kita hari ini boleh memberikan kesan yang besar jika ianya dibiarkan begitu sahaja.

Sebagai pemilik laman web dan blog, kita harus ambil tahu serba sedikit tentang hal ini bagi memastikan pembaca laman web dan blog kita suka dan berpuas hati dengan apa yang kita sediakan.

Kredit foto: Rachel Johnson.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,