5 Kod HTML Penting Yang Perlu Ada Dalam Blog Anda Bagi Membantu SEO | Bina Blog Dot Com Sendiri

5 Kod HTML Penting Yang Perlu Ada Dalam Blog Anda Bagi Membantu SEO

5-kod-html-penting-yang-perlu-ada-dalam-blog-anda-bagi-membantu-seo

Bagi anda yang memilih SEO sebagai saluran pemasaran laman web atau blog, sudah semestinya anda perlu ambil tahu serba sedikit perkara berkaitan dengan kod-kod asas HTML.

Ini kerana, HTML merupakan bahasa pengaturcaraan (programming language) yang paling asas. Dengan HTML, kita boleh melihat pelbagai laman web, laman sosial, blog dan forum pada hari ini.

Namun begitu, terdapat pelbagai kod dalam HTML itu sendiri. Setiap satunya membawa tugas yang berlainan. Dalam konteks SEO, terdapat beberapa kod yang wajib diketahui sebelum seseorang itu pergi lebih jauh mendalami ilmu SEO.

Mari kita lihat antara 5 kod penting tersebut, satu-per-satu:

Nota: Untuk melihat kod sumber laman web atau blog anda, klik kanan pada tetikus anda pada halaman web atau blog anda dan klik pada pilihan ‘View Page Source‘.

#1: Title Tag

title-tag-serp-dalam-seo

Cuba lihat contoh di atas. Perkataan “Blog Digodam: 5 Tips Keselamatan Yang Perlu Anda Ambil Tahu…” tersebut datangnya daripada ‘title tag‘ dalam kod sumber artikel ini.

Contoh kod ‘title tag‘ adalah seperti berikut:

title-tag-dalam-seo

Kod ‘title tag‘ ini bermula dengan <title> dan di akhiri dengan </title>. Pastikan ianya berada pada bahagian <head> dalam kod laman web atau blog anda.

#2: Description Tag

description-tag-dalam-seo

Menggunakan contoh yang sama seperti di atas, mari kita lihat pula pada kod yang diberi nama sebagai ‘description tag‘. Apabila kita membuat carian di Google, kod ini akan dipaparkan di bawah ‘title tag‘ seperti dalam imej di atas.

Dalam kod sumbernya pula, ia akan kelihatan seperti berikut:

meta-description-dalam-seo

Kod ini bermula dengan <meta name=”description” …> disusuli dengan penerangan ringkas tentang laman web, blog atau artikel kita. Panjang bagi penerangan tersebut dicadangkan tidak melebihi 160 aksara.

BacaTeknik Mudah SEO: Bagaimana Cara Untuk Menggunakan Plugin All In One SEO Pack?

#3: Heading (H1, H2, H3, H4, H5, H6)

heading-dalam-seo

Seterusnya adalah heading. Kod heading biasanya digunakan untuk melabelkan bahagian-bahagian penting dalam laman web, blog dan artikel kita.

Contoh penggunaan heading adalah seperti berikut:

  • Heading H1: Tajuk utama halaman atau tajuk artikel (sama dengan ‘title tag‘, tetapi berada dalam kod <h1> dan bukannya <title>)
  • Heading H2: Sub-tajuk atau pemisah bahagian-bahagian tertentu dalam artikel.
  • Heading H3: Tajuk wijet di bar sisi blog.
  • Heading H4*: Sub-tajuk atau pemisah dalam bahagian-bahagian tertentu dalam artikel (sub kepada Heading H2).
  • Heading H5*: Tajuk elemen lain dalam halaman seperti ‘Ruangan Komen’.
  • Heading H6*: Bahagian-bahagian lain dalam halaman seperti ‘Anda mungkin juga meminati (related posts).

Nota 1: Yang bertanda * adalah jarang digunakan. Cukup sekadar gunakan H1, H2 dan H3 sahaja untuk SEO asas.

Nota 2: Semakin besar nombor heading, semakin kurang ‘nilai’ kepentingannya kepada laman web dan blog kita. Semakin kecil nombor heading, semakin besar ‘nilai’ kepentingannya kepada laman web dan blog kita (contoh: Heading H1 & H2).

#4: Image Alt Tag

image-alt-tag-dalam-seo

Kod seterusnya adalah ‘image alt tag‘ seperti di atas. Ianya bermula dengan <img alt=”nama-atau-tajuk-gambar”>… diikuti dengan URL sebenar imej.

Image alt tag ini digunakan bagi membantu bot-bot enjin carian untuk ‘membaca’ imej-imej dalam blog kita. Ini kerana bot-bot ini hanya boleh membaca kandungan dalam bentuk teks sahaja dan mereka tidak boleh membaca kandungan dalam bentuk imej.

Baca3 Kesilapan Lazim Ketika Menggunakan Gambar Di Dalam Blog

#5: Nofollow Tag

Dan yang terakhir adalah, ‘nofollow tag’. Contohnya adalah seperti berikut:

nofollow-dalam-seo

Kod ‘nofollow tag‘ ini boleh dikesan apabila ianya ditulis seperti berikut: rel=”nofollow” dalam blok kod HTML pautan <a href=”…”.

Kod ini digunakan bagi mengelakkan kita memberi kredit kepada halaman-halaman web lain yang tidak penting dan berautoriti seperti laman web jualan (affiliate) dan sebagainya.

Apabila kita meletakkan kod ini, kita juga menjaga ‘link juice‘ SEO laman web dan blog kita daripada ‘mengalir’ ke halaman-halaman luar yang kurang berkualiti.

***

Kesimpulannya, terdapat beberapa kod asas HTML yang perlu anda tahu sebelum melangkah lebih jauh dalam SEO. Kod-kod ini akan banyak dan biasa digunakan dalam kerja-kerja SEO anda pada masa akan datang.

Apa Lagi Yang Kurang?

Jika anda rasakan yang saya ada tertinggal kod-kod yang lebih penting, kongsikan dalam ruangan komen di bawah untuk diskusi kita bersama bersama-sama rakan-rakan yang lain.

Kredit: Ryan Joy.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,