5 Teknik Mudah Menulis Tajuk Artikel Bagi Menarik Perhatian Pembaca | Bina Blog Dot Com Sendiri

5 Teknik Mudah Menulis Tajuk Artikel Bagi Menarik Perhatian Pembaca

5-teknik-mudah-menulis-tajuk-artikel-bagi-menarik-perhatian-pembaca
Dengan pelbagai kandungan dan bahan bacaan yang tersedia di Internet hari ini, para pengguna Internet semakin bijak dalam memilih kandungan terbaik untuk dibaca.

Oleh itu, sebagai seorang penulis blog, kita seharusnya mempersiapkan diri kita dengan teknik-teknik penulisan blog yang baik bagi memastikan kandungan yang kita akan terbitkan kelak benar-benar berkualiti dan dicari-cari oleh pembaca.

Salah satu teknik yang boleh digunakan untuk menarik perhatian pembaca adalah dengan menyuntik ‘elemen rahsia’ pada tajuk artikel yang boleh memberikan impak kepada emosi mereka sekaligus mendorong mereka untuk klik dan baca artikel penuh yang kita telah sediakan.

5 Elemen Rahsia Sihir Pembaca

#1 – Gunakan Nombor

Kita cenderung untuk lebih fokus apabila melihat angka di antara abjad. Hal ini kerana, minda kita telah diset untuk melihat dan membaca teks sahaja. Jadi, apabila kita secara tiba-tiba melihat angka, kita akan fokus pada bahagian tersebut.

Contoh tajuk artikel: 5 Tips Penulisan Blog Persuasif Yang Perlu Anda Tahu

#2 – Gunakan Soalan

Menyampai maklumat dan mengajar memerlukan kita untuk berkomunikasi secara dua hala. Biarpun melalui Internet kita tidak bersemuka dengan pembaca, cara terbaik untuk mewujudkan situasi itu adalah dengan bertanya. Mereka yang membaca persoalan kita akan bertindak balas dengan klik pada tajuk artikel kita untuk tahu perkara selanjutnya.

Contoh tajuk artikel: Apa Itu WordPress Plugin?

#3 – Gunakan Ajakan

Sama seperti dalam kehidupan kita seharian, kita cenderung untuk bertindak melakukan sesuatu apabila diajak dan disuruh oleh seseorang yang lain. Menggunakan prinsip yang serupa, kita boleh mengajak para pembaca untuk turut bersama kita memahami sesuatu perkara dengan menulis tajuk berbentuk ajakan dan jemputan.

Contoh tajuk artikel: Tips SEO: Mari Mengenal Apa Itu Fail Robots.txt

#4 – Gunakan Magis

Selain itu, kita juga boleh menggunakan beberapa perkataan magis untuk mewujudkan perasaan ingin tahu dalam diri pembaca. Antara perkataan yang boleh anda gunakan adalah seperti:

  • Tips
  • Cara
  • Sebab
  • Teknik
  • Rahsia
  • Langkah
  • Strategi

Contoh tajuk artikel: 5 Tips Menulis Artikel Blog Dengan Pantas

#5 – Gunakan Senarai

Seterusnya, kita juga boleh menulis tajuk entri dalam bentuk senarai. Ada dalam kalangan pembaca kita gemar dengan jenis artikel seperti ini kerana mereka berpendapat bahawa artikel seperti ini bersifat ‘lengkap’ dan menyeluruh.

Contoh tajuk artikel: 3 Keperluan Asas Sistem Blog WordPress Yang Anda Wajib Ada

***

Kesimpulannya, menulis tajuk artikel yang boleh membuatkan emosi para pembaca kita rasa membuak-buak untuk tahu lebih lanjut tentang apa yang kita mahu sampaikan mampu meningkatkan kadar klik (CTR) artikel kita. Ketahui tekniknya, berlatih dan terus berlatih.

P/S: Anda belajar sesuatu? Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda. Klik Like, Tweet atau +1 di bawah artikel untuk berkongsi.

Kredit foto: Fadzly Mubin.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,