7 Cara Yang Boleh Anda Gunakan Untuk Menurunkan Bounce Rate Blog | Bina Blog Dot Com Sendiri

7 Cara Yang Boleh Anda Gunakan Untuk Menurunkan Bounce Rate Blog

7-cara-yang-boleh-anda-gunakan-untuk-menurunkan-bounce-rate-blog
Seperti yang kita sedia maklum, Bounce Rate merupakan salah satu indikator penting dalam mengukur tahap kepuasan pembaca blog kita. Pembaca yang berpuas hati dan suka dengan kandungan yang terdapat di blog kita akan terus kekal berada di blog kita.

Namun begitu, menjadi persoalan di sini bagaimana pula untuk memberi kepuasan itu kepada para pembaca? Apa yang sebenarnya pembaca mahukan daripada blog kita sehingga boleh ‘memujuk’ hati mereka untuk berada di blog lebih lama?

Pelawat berada lebih lama = Pelawat klik lebih banyak artikel = Bounce Rate lebih rendah

Formulanya semudah itu sahaja. Mari kita lihat beberapa cara yang boleh kita gunakan untuk merendahkan Bounce Rate blog kita sekarang.

#1 – Elakkan Pop-Up Yang Merimaskan

Menggunakan Pop-Up untuk menarik perhatian dan mengarahkan pembaca untuk bertindak dengan melakukan sesuatu boleh memberikan kesannya yang tersendiri. Cara terbaik untuk menggunakan Pop-Up adalah dengan mengaktifkan butang tutup (close button) pada Pop-Up tersebut.

Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan pembaca daripada terus menutup tab atau pelayar web mereka yang secara tidak langsung akan meningkatkan Bounce Rate blog kita (Bounce Rate yang tinggi adalah tidak baik).

#2 – Sediakan Navigasi Yang Mudah & Jelas

Menyusun halaman-halaman yang ada di blog kita dalam bentuk Menu boleh memudahkan para pembaca blog. Selain itu, letakkan juga pautan berkaitan di bahagian Sidebar blog bagi memudahkan mereka untuk bergerak daripada satu artikel ke artikel yang lain.

#3 – Paparkan Artikel Yang Berkaitan

Dengan memaparkan artikel berkaitan (related posts) di bahagian artikel blog kita, ia akan memudahkan pembaca untuk terus kekal berada di blog kita membaca artikel-artikel yang lain.

Jika anda menggunakan WordPress, anda boleh gunakan plugin seperti nRelate dan LinkWithin untuk memparkan kandungan berkaitan pada bahagian bawah artikel anda.

#4 – Lajukan Tempoh Loading Blog

Pengguna Internet mahukan setiap pautan yang mereka klik tersedia dengan pantas. Jika ia mengambil masa terlalu lama, kebarangkalian untuk mereka menutup blog kita dan berlalu pergi amat tinggi.

Oleh itu, pastikan anda mengamalkan langkah-langkah terbaik dalam memastikan blog anda tersedia dengan pantas agar pembaca anda tidak menunggu begitu lama untuk membaca blog anda.

#5 – Susun Iklan Dengan Kemas

Jika blog anda memaparkan iklan, pastikan anda menyusunnya dengan kemas. Susunan iklan yang tidak kemas boleh mencacatkan struktur blog anda. Secara tidak langsung akan mengganggu para pembaca.

Tip: Jika anda menggunakan tema blog yang mempunyai ruang iklan di bahagian Sidebar, cukup untuk meletakkan iklan di bahagian ini sahaja. Tidak perlu untuk meletakkan terlalu banyak iklan yang sama di bahagian lain.

#6 – Penggunaan Warna Teks Yang Mudah Dibaca

Bagi pembaca yang berumur, mereka berkemungkinan menghadapi masalah penglihatan dan sukar untuk membaca teks pada skrin komputer dengan lancar. Oleh itu, sebagai pemilik blog, penting bagi kita untuk memastikan desain blog kita menggunakan teks yang kontra dan menggunakan tulisan (font) yang mudah dibaca.

#7 – Buka Pautan Di Tab Baru

Jika anda menyertakan pautan-pautan berkaitan di dalam artikel blog, pastikan anda meletakkan HTML tag berikut dalam HTML pautan anda:

Tag ini bertujuan untuk membuka pautan di dalam artikel ini pada tab atau window yang baru. Perkara ini penting kerana jika kita tidak meletakkan tag ini, mereka terus akan keluar daripada blog kita apabila mereka klik pada pautan luar yang kita sertakan.

***

Kesimpulannya, dalam proses untuk menurunkan Bounce Rate blog, kita harus mengamalkan tips seperti di atas bagi memastikan pelawat terus berada di blog kita lebih lama. Kenal pasti dan aplikasi apa sahaja cara yang boleh membuatkan para pembaca kita tidak keluar daripada blog begitu cepat.

P/S: Anda belajar sesuatu? Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda. Klik Like, Tweet atau +1 di bawah artikel untuk berkongsi.

Kredit foto: clappstar.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,