Masih Ragu Dengan WordPress? - Lihat Bagaimana 7 Jenama Ini Menggunakannya | Bina Blog Dot Com Sendiri

Masih Ragu Dengan WordPress? – Lihat Bagaimana 7 Jenama Ini Menggunakannya

contoh laman web wordpress terkenal

Apabila bercakap mengenai WordPress (WP), ramai yang menganggap ia hanya sekadar blogging software. Sebenarnya, WP mempunyai keupayaan lebih jauh daripada itu. Ia bukan sekadar blog sahaja.

Selain daripada blog, anda boleh gunakan WP untuk website berbentuk online shop (e-commerce), portal, laman keahlian (membership site), laman web korporat dan juga aplikasi web bersifat ‘custom made‘.

Pendek kata, hampir semua jenis dan bentuk laman web boleh anda dapati jika anda menggunakan WordPress.

Terdapat banyak ciri-ciri menarik WordPress yang saya berani jamin anda pasti akan suka selepas anda menggunakannya.

7 Jenama Besar Dunia Guna WordPress

Jika anda masih ragu-ragu dengan kebolehan WP, lihat bagaimana 7 jenama besar dunia ini menggunakannya. Klik gambar untuk membuka setiap laman di bawah.

#1 – McDonald’s Singapore

mcdonalds wordpress
Sebut saja burger, mesti kita akan teringat McD, betul? Untuk pengetahuan anda, McD Singapura menggunakan WordPress sebagai sistem pengurusan laman web mereka.

#2 – Bata

bata wordpress
Dari kasut sekolah, kasut sukan, kasut formal, kasut lelaki, kasut perempuan, sandal dan segala jenis footwear, jenama Bata adalah antara pemain besar dalam industri. Mereka juga guna WordPress.

#3 – Usain Bolt

usain bolt wordpress
Siapa tidak kenal Raja Pecut Dunia ini. Laman web rasmi beliau juga menggunakan WordPress. Loading time laman webnya juga sepantas lariannya. Dahsyat!

#4 – Sony Music

sony music wordpress
Sony Music adalah antara pemain besar dalam industri musik antarabangsa. Ramai artis-artis popular dunia bernaung di bawah mereka. Sekali lagi, mereka guna WordPress.

#5 – MTV News

mtv news wordpress
Portal berita hiburan terkenal antarabangsa, MTV News juga menggunakan WordPress untuk menguruskan berita-berita mereka.

#6 – Google Ventures

google ventures wordpress
Google juga tidak ketinggalan apabila mereka juga menggunakan WordPress untuk projek Google Ventures (GV) mereka. GV adalah inisiatif Google dalam bentuk suntikan dana untuk membantu usahawan terpilih.

#7 – Facebook Newsroom

facebook newsroom wordpress
Akhir sekali, Facebook. Laman FB Newsroom mereka juga menggunakan WordPress. Berita-berita terkini mengenai Facebook dikemaskini di sini.

Anda Ada Bisnes? Belum Ada Laman Web atau Blog?

Jika anda ada bisnes dan mahu ‘online‘kan bisnes anda secepat mungkin, bermula sekarang dengan WordPress.

Banyak sebenarnya manfaat yang bakal anda perolehi jika bisnes anda mempunyai laman web dan blog. Salah satu daripadanya adalah, anda boleh melakukan kempen content marketing dengan mudah sekali.

Sudah Ada Blog? Tapi Masih Guna Blogspot?

Aha! Jika anda masih guna Blogspot, adakah anda rasa tergugat apabila membaca artikel ini? Jika anda masih lagi belum yakin, anda mungkin ‘terpindah’ ke WordPress selepas membaca artikel ini.

Belum cuba belum tahu. Sekali cuba, baru tahu.

Ada Lagi Yang Saya Tertinggal?

7 laman web di atas hanya sebahagian kecil daripada jutaan laman web di dunia yang menggunakan WordPress.

Mungkin ada lagi jenama-jenama besar yang menggunakan WordPress yang saya terlepas pandang.

Jika anda menjumpai laman-laman jenama besar yang menggunakan WordPress, sila kongsikan pautan laman-laman tersebut dalam ruangan komen di bawah ya!

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , , ,