Apa Itu Backlink? | Bina Blog Dot Com Sendiri

Apa Itu Backlink?

apa-itu-backlink

Apabila kita bercakap mengenai SEO, perkara yang selalu dikaitkan adalah backlink. Jadi, apakah itu backlink? Apakah kebaikannya kepada blog kita?

Menurut Google, ini adalah yang dimaksudkan dengan backlink:

Backlinks enable you to keep track of other pages on the web that link to your posts. For instance, suppose Alice writes a blog entry that Bob finds interesting. Bob then goes to his own blog and writes a post of his own about it, linking back to Alice’s original post. Now Alice’s post will automatically show that Bob has linked to it, and it will provide a short snippet of his text and a link to his post. What it all works out to is a way of expanding the comment feature such that related discussions on other sites can be included along with the regular comments on a post.

Maksud Backlink Dalam SEO

maksud-backlink-dalam-seo
Secara ringkasnya, backlink bermaksud pautan luar yang menghala ke laman web dan blog kita. Pautan ini datang daripada pelbagai sumber seperti:

Kepentingan Backlink Kepada SEO Blog

Antara kepentingan utama backlink kepada laman web dan blog kita adalah:

  • Memberi signal kepada enjin carian bahawa laman web dan blog kita mempunyai nilai dan kualiti.
  • Digunakan oleh enjin carian dalam proses penilaian laman web dan blog kita sebelum memberi kedudukan laman web dan blog kita di halaman keputusan carian.
  • Menjadi kayu ukur dalam menentukan laman web dan blog kita mempunyai autoriti dalam pasaran ataupun tidak.

Tonton video di bawah untuk penerangan yang lebih lanjut tentang backlink:

Bentuk Backlink – Apa Itu Anchor Text?

Backlink seringkali dibina menggunakan anchor text. Maksud anchor text di sini adalah, pautan dalam bentuk teks yang boleh diklik oleh pengguna Internet. Bukannya imej atau video yang mempunyai pautan.

Contoh: SEO dan 5 Kepercayaan Karut Tentang Backlink

Dalam situasi ini, teks ‘SEO dan 5 Kepercayaan Karut Tentang Backlink’ digunakan untuk menyaluti pautan disebaliknya. Teks yang mempunyai pautan seperti ini dipanggil sebagai ‘achor text’ dan sering digunakan untuk tujuan membina backlink.

***

Kesimpulannya, backlink adalah pautan luar yang menerangkan laman web dan blog kita dengan cara meletakkan pautan laman web dan blog dalam halaman mereka. Kita akan melihat lebih lanjut tentang backlink dalam artikel seterusnya.

P/S: Anda belajar sesuatu? Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda. Klik Like, Tweet atau +1 di bawah artikel untuk berkongsi.

Kredit foto: Juan Ramón Martos.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,