Apa Itu FeedBurner & Bagaimana Ia Boleh Membantu Blog Anda?
Jika anda perasan pada bahagian kanan di ruang Sidebar blog ini, saya ada menyediakan satu borang langganan artikel percuma melalui emel, betul?
Servis ini disediakan oleh pihak Google melalui produk mereka bernama FeedBurner. FeedBurner merupakan satu sistem yang mengesan dan memproses setiap kemaskini terbaru pada blog WordPress kita.
Bagaimana FeedBurner Berfungsi?
Setiap blog WordPress mempunyai ringkasan yang dipanggil sebagai RSS (Rich Site Summary). Contohnya, apabila kita menambah ‘/feed/‘ di hujung URL blog kita, kita akan dapat melihat RSS blog kita. Contohnya seperti di sini.
RSS seperti ini sukar difahami oleh manusia kerana ia memerlukan kefahaman teknikal yang tinggi. Namun begitu, sistem seperti FeedBurner boleh memahaminya dengan mudah sahaja dan menukarnya dalam bentuk yang lebih kemas. Contohnya seperti di sini.
Setiap kemaskini artikel terbaru di blog kita akan ditukar kepada bentuk RSS terlebih dahulu. Kemudian, sistem FeedBurner mengesan dan membaca kod RSS blog kita ini dan menukarnya dalam bentuk yang lebih kemas dan mudah difahami.
Ciri Menarik FeedBurner
Antara ciri menarik FeedBurner adalah:
- Boleh menghantar emel secara percuma kepada semua pembaca blog yang melanggan kemaskini melalui emel.
- Fungsi analytics dalam bentuk graf untuk melihat jumlah subscriber dalam tempoh masa tertentu.
- Menghantar pos automatik ke akaun media sosial apabila terdapat kemaskini terbaru di blog kita.
Tonton video di bawah untuk melihat fungsi-fungsi FeedBurner yang telah tersedia.
Bagaimana FeedBurner Boleh Membantu Blog Saya?
Melalui fungsi ‘Email Subscription‘, kita sebagai pemilik blog boleh menawarkan hebahan kemaskini terbaru pada blog kepada para pembaca blog kita secara percuma dengan mudah menggunakan borang langganan yang telah disediakan di dalam sistem FeedBurner.
Untuk menambah borang langganan melalui emel pada blog, rujuk tutorial di bawah.
***
Kesimpulannya, FeedBurner merupakan servis yang boleh membaca, memproses dan mempromosi RSS blog anda dengan mudah. Pembaca juga boleh terima notifikasi melalui emel apabila anda menerbitkan artikel baru di blog.
Nota:
Masukkan alamat emel anda di dalam kotak ‘Artikel Percuma’ di bahagian kanan blog ini sekarang untuk terima notifikasi percuma apabila saya menerbitkan artikel terbaru. Ianya akan dihantar menggunakan khidmat FeedBurner.
Kredit foto: Frank Gruber.
Zulhilmi Zainudin
Latest posts by Zulhilmi Zainudin (see all)
- WordPress 5.0 — Apa Yang Baru? - 16/12/2018
- Berapa Pantas Web Anda Di Smartphone? Semak Sekarang Di Sini - 20/01/2017
- WordPress 4.7 Dilancarkan Secara Rasmi - 17/12/2016
Label: apa itu feedburner, bagaimana feedburner berfungsi, cara pasang borang emel langganan feedburner pada blog, ciri menarik feedburner