Apa Itu Google Authorship & Apa Kebaikannya Kepada Blog Anda? | Bina Blog Dot Com Sendiri

Apa Itu Google Authorship & Apa Kebaikannya Kepada Blog Anda?

apa-itu-google-authorship-apa-kebaikannya-kepada-blog-anda

Jika kita melakukan sesuatu carian di Google, mungkin ada diantara keputusan carian tersebut memaparkan gambar seseorang di sebelahnya. Pernahkan anda perasan akan hal ini?

Gambar-gambar ini adalah gambar penulis blog atau artikel tersebut. Google melalui sebuah sistem baru dinamakan Google Authorship membenarkan penulis blog memaparkan gambar mereka di halaman keputusan carian agar mudah dikenali oleh para pengguna yang sedang membuat carian.

Anda masih samar-samar atau belum ‘nampak’ apa yang saya cuba maksudkan? Cuba lihat 3 contoh di bawah ini.

Contoh Google Authorship

kenapa-perlu-ada-google-authorship

cara-pasang-google-authorship-pada-blog

manfaat-google-authorship-kepada-blogger

Contoh-contoh diambil daripada blog ini sendiri. Jika anda perasan, setiap artikel mempunyai gambar penulisnya. Saudara Eizil pernah menulis tentang WordPress Plugin manakala saudara Amirul Faiz pernah menulis tentang Joomla.

Bagaimana Google Authorship Berfungsi?

Secara mudahnya, Google Authorship berfungsi seperti berikut:

  1. Google bot masuk ke blog kita dan ‘crawl‘ kandungan yang kita sediakan.
  2. Bot mencari pautan ke akaun Google+ yang mengandungi tag khas dinamakan rel=”author”.
  3. Sistem Google semak di akaun Google+ tersebut adakah benar blog itu dimiliki oleh si pemilik akaun.
  4. Jika ada maklumat blog (pautan) di bahagian ‘About’ pada akaun Google+ tersebut, Google mengesahkan bahawa artikel itu ditulis oleh si penulis.
  5. Google meletakkan gambar penulis di halaman keputusan carian (jika penulis menukar gambar di akaun Google+, maka gambar di halaman keputusan carian untuk artikel-artikel yang telah ditulis juga bertukar)

Kebaikan Menggunakan Google Authorship Kepada Blog

Antara kelebihan menggunakan Google Authorship pada blog adalah:

  1. Meningkatkan kadar klik (click-through rate – CTR): Apabila seseorang pengguna Internet membuat carian, mereka cenderung untuk klik pada keputusan yang mempunyai gambar berbanding keputusan biasa yang tidak bergambar.
  2. Meningkatkan kredibiliti & kepercayaan: Pengguna Internet agak skeptikal dan terlalu memilih semasa membuat carian sesuatu informasi. Paparan gambar penulis sedikit sebanyak memberikan ‘first impression’ kepada mereka tentang siapa kita.
  3. Melumpuhkan aktiviti plagiarism: Internet hari ini semakin mudah digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan seseuatu informasi. Dengan ‘pengesahan’ daripada Google melalui Google Authorship ini, setiap kandungan memang benar-benar datang dan ditulis oleh si penulis dan bukannya pihak lain ataupun spammer.

Cara Memasang Google Authorship Pada Blog

Bagi anda yang telah membina blog menggunakan sistem WordPress, anda boleh memasang Google Authorship dengan mudah. Rujuk video di bawah untuk tutorial lengkap.

Bagaimana Mahu Semak Google Authorship?

cara-semak-authorship
Jika anda sudah memasang Google Authorship pada blog, semak pemasangan anda di halaman ini. Jika anda menerima mesej ‘Authorship is working for this webpage.‘, ini bermaksud proses pemasangan anda berjaya. Google akan mula menyertakan gambar akaun Google+ anda di halaman keputusan carian dalam tempoh beberapa minggu.

***

Kesimpulannya, Google Authorship memberi banyak kelebihan kepada kita sebagai penulis blog. Apa pendapat anda tentang Google Authorship ini? Kongsikan di ruangan komen dengan rakan-rakan yang lain.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , , , ,