Apa Itu Google Webmaster Tools? | Bina Blog Dot Com Sendiri

Apa Itu Google Webmaster Tools?

apa-itu-google-webmaster-tools
Jika kita memandu kereta, kita berada di tempat duduk pemandu dan segala kawalan kenderaan berada pada jarak paling hampir dengan kita iaitu pada bahagian dashboard kenderaan kita.

Dengan mudah kita boleh melihat kelajuan kenderaan, isipadu petrol dalam tangki, suhu enjin, kawalan pendingin hawa dan lain-lain.

Sama seperti blog, kita juga perlukan sebuah ruang kawalan yang boleh membantu kita melihat dengan lebih dekat prestasi blog kita. Antara perisian yang sering digunakan adalah Google Webmaster Tools. Ianya percuma sahaja.

Kelebihan Menggunakan Google Webmaster Tools Untuk Blog

Melalui Google Webmaster Tools, kita sebagai pentadbir blog boleh:

  1. Melihat masalah teknikal pada laman web dan blog dengan mudah.
  2. Menghantar fail sitemap blog untuk di-indeks oleh sistem Google dengan mudah.
  3. Melihat senarai kata kunci (keyword list) yang digunakan oleh pelawat yang masuk ke blog kita.
  4. Melihat backlink (siapa yang menulis tentang laman web dan blog kita di tempat lain).
  5. Melihat virus malware yang menyerang laman web & blog kita.

 Cara Memasang Google Webmaster Tools Untuk Blog

Anda boleh rujuk video berikut untuk melihat tutorial mengenai cara menambah laman web atau blog di halaman Google Webmaster Tools dan mengesahkan (verify) laman web dan blog anda.

***

Kesimpulannya, menggunakan Google Webmaster Tools boleh memudahkan kita sebagai pentadbir laman web dan blog untuk melihat prestasi semasa halaman kita. Kita akan lihat lebih lanjut tentang perisian ini dalam artikel seterusnya.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,