Apa Itu Link Building? | Bina Blog Dot Com Sendiri

Apa Itu Link Building?

apa-itu-link-building

Bagi anda yang telah mengetahui kepentingan SEO kepada laman web dan blog, terma ‘backlink‘ mungkin sudah lazim bagi anda. Hari ini kita akan belajar satu lagi cabang baru dalam pemasaran enjin carian – link building.

Ramai penulis blog dan pemasar internet yang keliru perbezaan antara link building dan backlink. Secara ringkas, backlink adalah pautan luar yang menuju ke laman web atau blog kita. Itu sahaja.

Manakala, link building itu adalah ‘proses’ membina pautan-pautan ini. Ianya termasuklah proses membina pautan dalaman (internal link building) dan pautan luaran (external link building).

Contoh Link Building

Proses link building mempunyai pelbagai peringkat dan strateginya yang tersendiri. Sedikit berbeza dengan proses membina backlink yang biasanya dilakukan secara terus yakni meninggalkan jejak (footprint) yang memudahkan pesaing untuk mengkaji corak backlink kita, link building boleh dilakukan menggunakan strategi yang berbeza.

Contohnya:

1. Backlink → Video di YouTube → Blog.

2. Backlink → Forum → Blog.

3. Backlink → Forum → Video di YouTube → Blog.

Link Building VS Content Marketing – Sama Tapi Tidak Serupa

Seperti yang kita sedia maklum, Content Marketing merupakan salah satu saluran pemasaran yang semakin mendapat tempat masa kini.

Secara ringkas, gerak kerja Content Marketing bermula selepas kita benar-benar jelas siapa sebenarnya kumpulan sasaran kita, medium yang mereka selalu dan suka gunakan dan tarik perhatian mereka untuk datang ke laman web dan blog kita melalui medium-medium tersebut.

Berbeza dengan link building, gerak kerjanya bermula daripada kajian kata kunci, analisis pesaing, carian potensi backlink, On Page SEO, Off Page SEO dan pelbagai lagi kerja-kerja yang tertumpu kepada SEO itu sendiri.

Persamaan antara kedua-dua cara pemasaran di atas adalah: kedua-duanya meletakkan satu objektif yang sama iaitu membawa pelawat ke laman web atau blog dan menukar mereka kepada pembeli atau pengikut (followers atau fans).

Kelebihan & Kekurangan Link Building Berbanding Content Marketing

Antara kelebihan link building adalah:

  1. Fleksibel – Memberi peluang kepada kita untuk memilih strategi manakah yang mahu digunakan. Ianya tidak terikat kepada satu corak sahaja.
  2. PageRank – Apabila kita menerima banyak backlink berkualiti, Google cenderung untuk memberikan laman web atau blog kita PageRank yang baik.
  3. Trafik – Kita juga berpotensi menerima ramai pelawat dan pembaca blog baru melalui enjin carian seperti Google. Ini kerana, proses link building yang kita buat secara tidak langsung memberi nilai tambah kepada kuantiti dan kualiti backlink yang kita lakukan.

Namun begitu, proses ini juga ada kekurangannya tersendiri seperti:

  1. Masa – Proses link building yang baik dan natural memerlukan kita untuk bekerja lebih lama. Sistem enjin carian seperti Google boleh mengesan sekiranya kita melakukan backlink secara drastik dan agresif.
  2. Kajian – Selain itu, proses ini juga memerlukan kita untuk bijak membuat kajian dan menilai setiap kajian tersebut sebelum membuat keputusan sama ada mahu terus memilih strategi link building atau strategi-strategi lain.
  3. Tiada jaminan – Google sejak akhir-akhir ini sering hadir dengan pelbagai perubahan pada algorithm yang mereka gunakan untuk menilai dan menyusun laman web dan blog kita di halaman keputusan carian. Strategi yang berkesan hari ini tidak semestinya akan terus berkesan 2-3 tahun akan datang. Betul?

***

Kesimpulannya, link building adalah salah satu bentuk pemasaran yang berkisar kepada aktiviti kajian, penilaian, pembinaan backlink menggunakan pelbagai gaya bagi menjemput pelawat dan pembaca baru ke laman web dan blog kita. Ianya tidak sama seperti Content Marketing yang meletakkan pembaca sebagai ‘agen’ utama pemasaran.

Yang Mana Satu Pilihan Hati?

Jadi, setelah anda faham apa itu link building dan perbezaannya dengan Content Marketing, yang mana satukah yang anda fikir lebih mudah dilakukan? Kongsikan pilihan dan sebab-sebab anda dengan rakan-rakan lain dalam ruangan komen di bawah.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,