Apa Pendapat Google Tentang Aktiviti Guest Blogging?
Kita sedia maklum bahawa aktiviti guest blogging mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Namun begitu, tidak semua artikel yang diterbitkan melalui cara ini mempunyai kualiti yang tinggi dan menepati kehendak pembaca di Internet.
Google melalui jurutera sistem mereka, Matt Cutts berkongsi pendapat tentang hal ini. Secara ringkas, mereka tidak menafikan kebaikan dan manfaat aktiviti ini khususnya untuk memperkenalkan para penulis baharu yang benar-benar mahu berkongsi sesuatu yang bernilai di Internet.
Tetapi, mereka juga tidak menafikan bahawa ada dalam kalangan penulis jemputan ini hanya menulis kerana mahukan backlink dan kebaikan SEO daripada blog yang menerbitkan artikelnya itu.
Google melihat aktiviti ini sebagai salah satu aktiviti normal dan mereka berpegang kepada prinsip bahawa hanya kandungan yang benar-benar berkualiti memberi nilai kepada para pembaca.
Sila tonton video di bawah:
Baca: 7 Tips Sebelum Menjadi Penulis Jemputan (Guest Blogger)
***
Kesimpulannya, kualiti pada artikel adalah perkara paling utama. Cipta dan kuasai ilmu penulisan agar maklumat yang cuba disampaikan kelak benar-benar bermanfaat sekaligus memberi kesan positif kepada SEO laman web dan blog kita.
Kredit foto: Mark Grapengater.
Zulhilmi Zainudin
Latest posts by Zulhilmi Zainudin (see all)
- WordPress 5.0 — Apa Yang Baru? - 16/12/2018
- Berapa Pantas Web Anda Di Smartphone? Semak Sekarang Di Sini - 20/01/2017
- WordPress 4.7 Dilancarkan Secara Rasmi - 17/12/2016
Label: adakah aktiviti guest blogging baik untuk seo, kebaikan aktiviti guest blogging, tips guest blogging