Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Sistem Blog WordPress | Bina Blog Dot Com Sendiri

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Sistem Blog WordPress

apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-sistem-blog-wordpress

Nota editor: Artikel ini disumbangkan oleh saudara Hanif Menhad. Beliau adalah penulis di Blog Hanif Menhad dan kini bertugas di SMK Labis Segamat sebagai Guru Data Maklumat Sekolah selepas menamatkan pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kimia).

***

Assalamualaikum dan hai.

Hari kita akan berkenalan dengan sistem WordPress. WordPress ialah sebuah Content Management System (CMS) yang terhasil dari PHP dan MySQL.

Apa Itu WordPress.com?

Ianya percuma untuk digunakan oleh sesiapa sahaja kerana WordPress merupakan salah satu CMS sumber terbuka (open source).

Oleh itu, terpulang kepada pengguna untuk memanfaatkan sistem ini. WordPress.com mempunyai banyak kelebihan dan sokongan dari segi themes, plugins dan sebagainya. Jadi banyak themes dan plugins yang direka khas untuk saling melengkapi.

Sejarah WordPress.com

Serba sedikit berkenaan WordPress.com, ia mula dibangunkan pada tahun 2003 oleh Matt Mullenweg dan Mike Little. Dan, apabila versi 3.0 dilancarkan, ia telah dimuaturun sebanyak 65 juta kali daripada para pengguna dari seluruh dunia.

Statistik WordPress.com

Mungkin ramai yang mengenali platform blog dan lebih sinonim dengan blogspot. Namun begitu, mengikut statistik dari Alexa Internet‘s, WordPress.com digunakan hampir 14.7% daripada semua laman web di dunia.

Ini bermakna, pengguna yang menggunakan WordPress.com untuk membuat blog adalah ramai! Selain WordPress.com, banyak lagi CMS lain yang boleh digunakan untuk membuat blog seperti blogspot dan lain-lain.

Namun WordPress adalah yang paling popular.

WordPress.com & WordPress.org – Sama Tapi Tidak Serupa?

Ini bahagian penting yang perlu pengguna baru untuk mengetahui jenis-jenis sistem WordPress  yang ada.

WordPress ini terbahagi kepada dua jenis. WordPress.com dipasang pada web hosting pihak WordPress untuk para pengguna. Ianya percuma, sama seperti Blogger. Cuma bezanya ialah penggunaannya terhad.

Jadi, pengguna tidak mempunyai kebebasan dan hanya boleh guna apa yang disediakan sahaja – daripada segi themes, plugin, widget dan sebagainya.

Manakala satu lagi pula ialah WordPress.org. Pengguna perlu menguruskannya pada web hosting sendiri. Maknanya, pengguna mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk membuat ubahsuai dan sebagainya.

Berikut adalah perbezaan antara WordPress.com & WordPress.org:

WordPress.com vs WordPress.org

WordPress.com
Kelebihan:

  1. Ia percuma dan sangat mudah untuk dimulakan.
  2. Segala bantuan teknikal disokong dan pengguna selamat daripada serangan penggodam kerana data blog pengguna disimpan di dalam pelayan (server) web hosting pihak WordPress.com.
  3. Tiada had limit penggunaan data (bandwidth) – semua kos penggunaan data ditanggung sepenuhnya oleh pihak WordPress.com.

Kekurangan:

  1. Pengguna hanya boleh menggunakan themes yang disediakan sahaja.
  2. Kod PHP tidak boleh diubahsuai (pengguna tidak boleh meletak iklan seperti NuffNang, Google AdSense dan lain-lain di blog WordPress.com kerana ianya tidak dibenarkan).
  3. Tidak boleh menggunakan plugin selain yang disediakan sahaja.

Nota: Jika pengguna menjadi pengguna VIP di WordPress.com dengan naik taraf kepada Akaun Pro yang berbayar, mereka boleh lakukan apa sahaja.

WordPress.org
Kelebihan:

  1. Boleh guna, reka, dan beli themes sendiri dan buat apa sahaja pada blog mengikut kehendak sendiri.
  2. Boleh memasang apa sahaja plugin mengikut kehendak sendiri.
  3. Kod PHP boleh diubah untuk tujuan-tujuan tertentu.

Kekurangan:

  1. Pengguna perlu memiliki web hosting sendiri (berbayar).
  2. Perlu tahu serba sedikit berkenaan kemahiran teknikal.
  3. Sebarang ancaman oleh penggodam dan spam adalah menjadi tanggungjawab sendiri.
  4. Tahap sekuriti blog bergantung pada cara pengguna menguruskan blog itu sendiri.
  5. Had penggunaan data (bandwidth) adalah terhad dan bergantung pada pakej web hosting yang diambil.

***

Itu serba sedikit perkongsian saya berkenaan WordPress.com. Insya-Allah, jika ada kesempatan, saya akan kongsikan pula tutorial langkah-demi-langkah bagaimana membina blog sendiri dengan WordPress.com.

Kredit foto: PixelFrau.


Artikel ini ditulis oleh Hanif Menhad. Beliau adalah penulis di Blog Hanif Menhad dan kini bertugas di SMK Labis Segamat sebagai Guru Data Maklumat Sekolah selepas menamatkan pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kimia).

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , , ,