Apa Yang Baru Dalam WordPress Versi 3.8? | Bina Blog Dot Com Sendiri

Apa Yang Baru Dalam WordPress Versi 3.8?

apa-yang-baru-dalam-wordpress-3.8

Seperti yang telah kita sedia maklum, WordPress merupakan salah satu sistem pengurusan kandungan (CMS) yang semakin popular khususnya dalam kalangan penulis blog.

Pada 12 Disember 2013 baru-baru ini, pasukan pembangun WordPress telah melepaskan kod sumber WordPress versi 3.8 secara rasmi dinamakan sebagai “Parker“.

Melalui kemaskini kali ini, WordPress membawakan beberapa kemaskini terbaru sekaligus memberikan nafas baru kepada sistem blogging terkenal ini.

Apa Yang Terbaru Pada WordPress 3.8?

#1 – Antaramuka Dashboard ‘Flat’

update-terbaru-wordpress-3.8

Melalui versi Parker ini, mereka membawakan konsep ‘flat design’ yang semakin popular masa kini disamping menggunakan warna hitam sebagai warna utama berbanding warna putih sebelum ini.

Selain itu, versi 3.8 ini juga menyokong pelbagai saiz skrin bagi memudahkan pentadbir blog menguruskan blog WordPress mereka melalui pelbagai jenis peranti seperti tablet, telefon pintar dan sebagainya.

#2 – Pengurusan Tema Yang Lebih Menarik

kemaskini-wordpress-3.8

Seterusnya, halaman pengurusan tema juga diberi sedikit sentuhan baru. Kali ini, tema-tema disusun dalam bentuk ‘grid’ dan apabila kita klik pada mana-mana tema, penerangan lanjut mengenainya akan dipaparkan.

#3 – Tema Baru: Twenty Fourteen

tema-baru-wordpress-3.8

Pihak WordPress juga melepaskan satu tema baru bersama-sama dengan versi Parker ini dinamakan sebagai Twenty Fourteen yang mana kelihatan lebih kemas dan membawakan konsep ‘retro’ yang semakin popular dalam trend blog hari ini.

***

Kesimpulannya, WordPress versi 3.8 memfokuskan kepada perubahan warna tema pada Dashboard Pentadbir blog, sentuhan visual pada halaman pengurusan tema dan tema baru, Twenty Fourteen yang didatangkan percuma untuk semua pengguna.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,