Apa Yang Baru Pada WordPress 4.0 Nanti? | Bina Blog Dot Com Sendiri

Apa Yang Baru Pada WordPress 4.0 Nanti?

apa-yang-baru-wordpress-40

Beberapa hari lepas, pasukan pembangun sistem blogging WordPress telah mengumumkan bahawa versi 4.0 sudah sedia diuji. Ini bermakna, versi stabil 4.0 akan menyusul tidak lama sahaja lagi.

Saya baru sahaja mencuba versi Beta WordPress 4.0 ini. Daripada percubaan saya, versi 4.0 ini tidak membawa perubahan yang begitu besar seperti antaramuka (design interface) atau fungsi-fungsi teras (core functions)

Antara yang baru adalah pada bahagian pengurusan Media, Widget Customizer dan beberapa lagi perkara lain.

Apa Yang Baru Pada WordPress 4.0?

Anda boleh menonton rakaman video yang telah saya sediakan di bawah ini sebelum meneruskan bacaan:

#1 – Media Library Kini Mempunyai ‘Grid View’

pengurusan-media-wordpress-4

Pada versi stabil 3.9 sekarang, fail-fail media kita disusun secara list. Terbaru pada versi 4.0, kita boleh melihatnya dalam bentuk ‘grid view’ seperti ‘thumbnail view’ pada komputer.

pengurusan-media-wordpress-4-popup

Menariknya, apabila kita klik pada mana-mana gambar, kita boleh mengubah beberapa info berkaitannya dan bergerak ke fail-fail media lain hanya menggunakan arrow key di komputer kita tanpa perlu menutup pop-up yang keluar. Perkara ini boleh menjimatkan masa kita sebagai penulis blog.

#2 – Widget Customizer Kini Membuka Sebuah Panel Baru

Satu lagi perkara yang diberi nafas baru adalah pada bahagian Widget Customizer. Jika pada versi 3.9 sekarang, apabila kita klik pada ‘Widget’, ia akan ‘expand’ ke bawah.

widget-customizer-pada-wordpress-4

Berbeza pada versi 4.0 kelak, ia akan dibuka pada sebuah panel baru. Pada pendapat saya, ini boleh membantu kita supaya tidak pening dan fokus pada apa yang kita mahu ubah.

#3 – Kandungan Berbentuk Embed Boleh Dilihat Terus

live-embed-preview-wordpress-4

Jika sekarang kita paste URL video Youtube di ruangan text editor, ia akan menjadi teks biasa. Pada versi 4.0 kelak, URL seperti ini akan ditukar secara automatik kepada visual yang lebih mudah dilihat.

Fungsi terbaru ini boleh membantu anda apabila menerbitkan artikel yang banyak mengandungi kandungan seperti video dari Youtube dan sebagainya.

#4 – Pemilihan Bahasa Pada Proses Pemasangan Baru

Jika anda mahu memasang sebuah blog WordPress baru, halaman pertama yang akan lihat adalah seperti berikut:

bahasa-wordpress

Fungsi terbaru ini boleh membantu pengguna yang lebih selesa dengan bahasa negara mereka berbanding Bahasa Inggeris.

#5 – Susunan Keputusan Carian Pemasangan Plugin Baru

Seperkara lagi pada versi 4.0, halaman keputusan carian untuk Plugins diberi sentuhan dari segi susun atur keputusan carian. Ia nampak lebih tersusun dan kemas seperti berikut:

cari-plugin-wordpress-40

***

Kesimpulannya, versi WordPress 4.0 akan datang akan memfokuskan pada usaha memudahkan penulis dan pentadbir blog mengemaskini laman WordPress mereka dengan lebih mudah dan pantas.

Kredit foto: wptavern.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,