Apa Yang Pembaca Mahu Daripada Blog Anda? | Bina Blog Dot Com Sendiri

Apa Yang Pembaca Mahu Daripada Blog Anda?

apa-yang-pembaca-mahu-daripada-blog-anda
Umum kita mengetahui bahawa kewujudan blog masa kini telah banyak membantu kita dalam mendapatkan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efisyen. Namun begitu, masih ada ruang-ruang yang masih boleh kita perbaiki sebagai seorang pemilik blog.

Melihat kepada blog-blog yang wujud bak cendawan tumbuh selepas hujan, segelintir pemilik blog ini mengabaikan matlamat dan motif utama mereka berblogging. Walaupun keuntungan boleh datang dalam sudut kewangan, aspek kepuasan pembaca harus dititikberatkan kerana…

…tiada pembaca, tiada trafik.

…tiada trafik, tiada orang yang klik iklan.

…tiada orang klik iklan, tiada duit masuk ke poket.

Jadi, apa sebenarnya yang pembaca benar-benar mahukan daripada blog anda? Mari kita lihat satu-per-satu.

#1 – Maklumat Yang Segar & Tepat

Saban hari, ribuan artikel diterbitkan di blog-blog seluruh dunia. Namun tidak semua artikel ini segar dan mutakhir. Sebahagiannya adalah ‘isu lapuk’ yang diberi sentuhan dan olahan baru daripada segi tajuk dan struktur isi sahaja. Kandungannya tetap lama, sudah tidak segar lagi.

Sebagai seorang penulis blog yang mahu menjana pendapatan melalui blog, anda harus memastikan bahawa artikel yang diterbitkan di blog anda benar-benar segar, terkini dan tepat. Usah musnahkan harapan dan kepercayaan pembaca terhadap jenama anda dengan menulis perkara yang tidak sahih.

#2 – Maklumat Yang Menyelesaikan Masalah

Sudah menjadi kebiasaan bagi seorang pengguna Internet untuk pergi ke enjin carian seperti Google, Yahoo!, Bing dan sebagainya untuk mendapatkan sesuatu penyelesaian dan jawapan untuk masalah mereka.

Peluang kita sebagai seorang pemilik blog untuk buat ‘pahala ekstra’ adalah dengan cuba sedaya upaya membantu golongan ini dengan menunjukkan jalan penyelesaian terbaik berdasarkan pengetahuan dan pengalaman kita. Buat tutorial yang berkualiti agar mereka puas hati dan sayangkan kita.

#3 – Maklumat Yang Memberi Inspirasi & Idea

Apabila buku fizikal sudah tidak lagi menjadi pilihan utama dalam mendapatkan sesuatu idea dek kerana proses untuk ‘menggali’ sesuatu di dalamnya memerlukan masa yang agak lama, medium Internet menjadi pilihan kerana ianya boleh diakses dengan pantas tanpa menjejaskan momentum semangat yang ada.

Oleh itu, sekali lagi peluang kita untuk memberikan yang terbaik kepada pembaca dengan memberikan inspirasi, idea, kata-kata semangat dan tauladan melalui kisah dan pengalaman kita kepada mereka adalah amat cerah. Golongan pembaca seperti ini amat dahagakan ilmu dan perkongsian berterusan daripada kita.

***

Kesimpulannya, memahami apa yang pembaca mahu daripada blog kita adalah satu fasa yang amat penting dalam memastikan kelangsungan blog dan jenama kita agar terus segar di Internet. Industri ini masih luas untuk diterokai dan tiada sempadannya. Selagi ada masa, kita masa ada peluang untuk merasa nikmat disebalik setiap perkataan yang kita tulis.

P/S: Anda belajar sesuatu? Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda. Klik Like, Tweet atau +1 di bawah artikel untuk berkongsi.

Kredit foto: See-ming Lee.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,