Automattic, Syarikat Di Sebalik WordPress Mengambil Alih WooCommerce
Dengan jumlah pegangan pasaran terbesar sebanyak hampir 24%, syarikat disebalik WordPress, Automattic hari ini mengumumkan pengambilalihan sistem e-commerce popular, WooCommerce.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Matt, co-founder WordPress di blog beliau disusuli dengan kenyataan rasmi di blog WooCommerce pula.
WooCommerce merupakan antara salah satu solusi bagi mereka yang mahu membangunkan web berkonsepkan e-dagang (e-commerce). Antara pemain lain dalam industri yang sama adalah Magento dan Shopify.
Apa Maksudnya Ini Pada Bisnes Anda?
Bagi anda yang sedia mengenali dan sedang menggunakan WordPress, pastinya anda sudah tahu bahawa sistem ini sangat berkuasa dan sangat mudah untuk digunakan.
Dengan pengambilalihan WooCommerce oleh Automattic ini, kami sangat yakin mereka akan melakukan banyak perubahan pada masa akan datang pada WooCommerce.
Ramalan kami, mungkin WooCommerce yang hadir dalam bentuk plugin sekarang ini akan diintegrasikan terus pada sistem WordPress dan versi-versi WordPress akan datang akan sedia menyokong fungsi e-dagang tanpa perlu pentadbir laman web memasang plugin WooCommerce lagi.
Sama-sama kita nantikan apakah perubahan yang akan dilakukan tim Automattic selepas ini.
Nak Belajar WordPress PERCUMA?
Jika anda berminat untuk belajar menggunakan WordPress untuk membangunkan website atau blog bagi perniagaan anda secara PERCUMA, daftar sebagai pelajar kursus Bina Blog Dot Com Sendiri di sini sekarang.
Tutorial video dan eBook panduan akan diberikan kepada anda dan ianya 100% dalam Bahasa Melayu yang mudah difahami. Daftar di sini sekarang.
Zulhilmi Zainudin
Latest posts by Zulhilmi Zainudin (see all)
- WordPress 5.0 — Apa Yang Baru? - 16/12/2018
- Berapa Pantas Web Anda Di Smartphone? Semak Sekarang Di Sini - 20/01/2017
- WordPress 4.7 Dilancarkan Secara Rasmi - 17/12/2016
Label: automattic membeli woocommerce, berita woocommerce dibeli wordpress, sistem e-commerce untuk perniagaan, sistem e-dagang untuk bisnes, wordpress beli woocommerce