Bagaimana Cara Untuk Membuat Salinan Pendua Blog Secara Automatik? | Bina Blog Dot Com Sendiri

Bagaimana Cara Untuk Membuat Salinan Pendua Blog Secara Automatik?

bagaimana-cara-untuk-membuat-salinan-pendua-blog-secara-automatik
Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar masalah blog dan laman web digodam oleh penceroboh yang berniat jahat. Jenayah siber seperti ini memberi kesan kepada kita sebagai pemilik blog atau laman web jika kita tidak membuat sebarang salinan pendua (backup) untuk laman kita.

Proses membuat salinan pendua seperti ini harus dilakukan dengan kerap (sekurang-kurangnya seminggu sekali) sebagai langkah berjaga-jaga jika laman kita diserang penceroboh. Kita tidak boleh meletakkan 100% harapan kepada syarikat penyedia web hosting semata-mata dalam hal ini untuk melakukan backup buat kita.

Cara Mudah Backup Blog WordPress

Salah satu cara yang boleh digunakan oleh anda yang mempunyai blog atau laman web berasaskan sistem WordPress adalah dengan menggunakan aplikasi storan awan, Dropbox.

Melalui Dropbox, kita boleh menyimpan data-data penting bagi memudahkan kita untuk mencapainya semula apabila perlu di mana sahaja kita berada.

Salah satu kelebihan Dropbox yang boleh kita manfaatkan adalah dengan menggunakan sebuah plugin bernama WordPress Backup to Dropbox (WPB2D). Melalui plugin ini, semua data daripada laman WordPress boleh disalin dengan mudah ke akaun Dropbox kita.

Antara kelebihan menggunakan plugin ini adalah:

  1. Boleh tetapkan bila mahu membuat salinan pendua (sehari sekali/seminggu sekali/2 minggu sekali atau lebih).
  2. Boleh pilih hari tertentu dalam minggu tersebut untuk membuat salinan (contoh: Sabtu, jam 5 pagi).
  3. Boleh simpan dan susun data salinan dalam folder khas (amat sesuai untuk anda yang mempunyai banyak blog).
  4. Boleh pilih folder tertentu yang tidak mahu disalin ke Dropbox.
  5. Boleh lihat log (rekod) salinan yang telah dibuat ke Dropbox melalui panel WordPress Admin.

Langkah-langkah Untuk Bermula

  1. Daftar akaun Dropbox di sini.
  2. Tambah plugin WordPress Backup to Dropbox (WPB2D) melalui panel WordPress Admin blog anda.
  3. Beri akses kepada plugin untuk buat salinan data ke akaun Dropbox anda.
  4. Pilih tetapan yang bersesuaian (cadangan: satu minggu sekali sudah memadai).
  5. Simpan tetapan dan selesai.

Jika anda kurang jelas, sila tonton video tutorial berikut:

Nota:

Kandungan salinan pendua adalah merangkumi semua fail-fail sistem WordPress, fail foto, fail video, fail audio, tema yang dipasang, plugins yang dipasang dan pangkalan data SQL blog anda.

P/S: Anda belajar sesuatu? Kongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda. Klik Like, Tweet atau +1 di bawah artikel untuk berkongsi.

Kredit foto: Ryan Roberts.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,