Bagaimana Cara Untuk Memindahkan Blog WordPress Dengan Mudah? | Bina Blog Dot Com Sendiri

Bagaimana Cara Untuk Memindahkan Blog WordPress Dengan Mudah?

bagaimana-cara-untuk-memindahkan-blog-wordpress-dengan-mudah
Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh pemilik blog WordPress adalah apabila mereka bercadang mahu memindahkan lokasi semasa blog mereka ke sebuah lokasi baharu.

Kebiasaannya, mereka mahu berpindah daripada sub-folder seperti ‘/blog/‘ ke domain utama. Ataupun, daripada domain utama ke sub-folder seperti ‘/blog/‘. Perkara ini mungkin agak teknikal bagi sesetengah pemilik blog.

Di dalam video tutorial berikut, anda boleh lihat dan ikut cara paling mudah dan pantas untuk memindahkan blog WordPress anda ke satu lokasi baru dengan bantuan sebuah plugin bernama WP Clone.

Secara ringkasnya, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memindahkan blog WordPress menggunakan plugin WP Clone ini:

PADA BLOG SEMASA
1. Pasang dan aktifkan plugin WP Clone pada blog semasa.
2. Klik pada bahagian kiri skrin WP Admin > WP Clone dan klik pada butang ‘Create Backup‘.
3. Proses backup akan selesai dalam beberapa minit (bergantung kepada saiz blog).
4. Apabila proses backup selesai, klik ‘Copy URL‘.

PADA BLOG BARU
5. Di blog WordPress baru (pasang sebuah blog WordPress baru jika belum ada), pasang dan aktifkan plugin WP Clone.
6. Klik pada bahagian kiri skrin WP Admin > WP Clone.
7. Tampal (paste) URL yang telah disalin sebentar tadi di ruangan ‘Restore from URL‘ dan klik pada butang persetujuan.
8. Proses ini mengambil masa beberapa minit dan blog anda sedia digunakan apabila proses ini selesai.

LANGKAH PILIHAN (PADA BLOG BARU)
9. Pada bahagian Permalinks di dalam WP Admin, anda boleh menukar tetapan Permalinks berdasarkan tetapan blog lama.

***

Kesimpulannya, proses memindahkan sebuah blog WordPress ke lokasi baru tidak begitu merumitkan. Dengan bantuan plugin WP Clone ini, anda tidak perlu sebarang kemahiran teknikal yang terlalu tinggi. Cukup sekadar ‘Backup & Restore‘ sahaja.

Kredit foto: itselea.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,