Menulis Bahasa Saintifik VS Bahasa Mudah Difahami - Mana Lebih Baik? | Bina Blog Dot Com Sendiri

Menulis Bahasa Saintifik VS Bahasa Mudah Difahami – Mana Lebih Baik?

bahasa-saintifik-bahasa-mudah

Apabila kita menulis artikel yang banyak melibatkan terma & istilah saintifik, pembaca kita mungkin tidak boleh memahami maksud sebenarnya yang cuba kita sampaikan dengan mudah.

Saya sendiri tidak dapat memahami Wikipedia apabila melibatkan perkataan & istilah-istilah teknikal. Sebagai seorang manusia biasa, kita suka sesuatu yang mudah & cepat. Itu lumrah.

Begitu juga dalam dunia penulisan blog. Jika anda banyak menulis tentang artikel berkaitan dengan teknologi, sains dan sebagainya, anda perlu permudahkan artikel tersebut supaya pembaca boleh memahaminya dengan senang.

Matt Cutts, salah seorang jurutera sistem di Google menasihatkan agar kita menulis sesuatu artikel dalam bentuk umum dan mudah difahami – seolah-olah kita sedang bercakap & menulis untuk kanak-kanak berusia 5 tahun!

Tonton video beliau di bawah ini:

3 Tips Untuk Memudahkan Penulisan Artikel Saintifik

Berikut adalah cadangan saya bagi anda yang banyak menulis artikel-artikel teknikal di blog:

  1. Banyakkan penggunaan analogi – sebagai contoh, dalam artikel sebelum ini, saya cuba terangkan apa itu web-hosting dan komponen-komponennya menggunakan analogi ‘rumah’ sahaja. Dengan cara ini, pembaca lebih mudah untuk ‘tangkap’ apa yang kita bicarakan.
  2. Banyakkan contoh – sebaik-baiknya, selang-selikan setiap fakta dan terma teknikal itu dengan contoh-contoh yang mudah difahami. Cuba juga kaitkan dengan analogi yang telah anda bina sebentar tadi. Lihat bagaimana saudara Aizan menulis artikel ini di Amanz.
  3. Sertakan fail media sebagai bantuan – jika mempunyai gambar, audio atau video berkaitan dengan topik yang ditulis, sertakannya sekali di dalam artikel. Dengan cara ini, pembaca boleh visualisasikan apa yang kita perkatakan. Dapatkan gambar-gambar menarik secara percuma dan masukkannya ke dalam artikel anda.

***

Kesimpulannya, lumrah manusia suka kepada perkara yang simple & straight to the point. Itu sahaja.

Jadi, tugas kita sebagai penulis dan agen penyampai maklumat berpengaruh adalah untuk mempermudahkan proses pemahaman para pembaca kita.

Kredit foto: jpellgen.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,