Belajar Joomla! Untuk Bina Blog - Susah Atau Senang? | Bina Blog Dot Com Sendiri

Belajar Joomla! Untuk Bina Blog – Susah Atau Senang?

belajar-joomla-untuk-bina-blog-susah-atau-senang
Sistem Pengurusan Kandungan (CMS) yang popular untuk membangunkan laman web bercirikan blog ialah WordPress dan Blogger (blogspot). Dari pemerhatian saya sendiri, memang ramai penulis blog menggunakan salah satu daripada platform ini.

Namun begitu, tahukah anda, terdapat lagi platform CMS lain yang boleh digunakan untuk membangunkan laman web berkonsepkan blog?

Joomla! merupakan antara CMS yang boleh digunakan untuk membangunkan laman web berkonsepkan blog. Persepsi orang ramai (termasuk saya sendiri sebelum ini), Joomla! hanya sesuai digunakan untuk membina laman web yang rasmi, seperti laman-laman web kerajaan, agensi berkaitan kerajaan dan sebagainya.

Perisian Joomla! yang bersifat kompleks ini sebenarnya, boleh juga digunakan untuk membina laman web berkonsepkan blog. Cuma bagi pengguna yang baru pertama kali kenal dengan Joomla! mungkin akan merasakan sedikit rumit dalam memahami bagaimana untuk merangka sebuah laman blog menggunakan Joomla! ini.

Memang tidak dinafikan, wujud cabaran, bagi pengguna yang yang mahu menggunakan Joomla! sebagai medium untuk membina blog. Namun, itulah yang menyeronokkan, apabila kita berjaya mengatasi cabaran demi cabaran. Anggap sahaja ianya sebagai salah satu aktiviti ekstrem yang boleh kita selami dan dalami, selain dari aktiviti ekstrem lain seperti mendaki gunung, terjun payung, dan lain-lain.

Yang Mana Satu Yang Terbaik?

Platform mana yang terbaik, terpulang kepada keperluan diri anda sendiri sebenarnya. Joomla!, WordPress, Blogger, malahan Drupal, semuanya boleh digunakan untuk membina laman web atau blog. Ianya bergantung kepada keperluan atau kehendak diri sendiri, dan juga kemampuan diri untuk memahami platform yang digunakan.

Kredit foto: Joomla!.


Artikel ini ditulis oleh Amirul Faiz. Beliau merupakan seorang pekerja yang mengurus perjalanan makmal-makmal sains di Fakulti Farmasi, UKM. Berminat kepada Joomla! kerana cabaran dalam memahami Joomla! Mencatat tentang perkara-perkara yang dirasakan elok dikongsi bersama khalayak di blognya – Ringan Tangan.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,