Blog Copy-n-Paste: Adakah Ia Dianggap SPAM Di Mata Google? | Bina Blog Dot Com Sendiri

Blog Copy-n-Paste: Adakah Ia Dianggap SPAM Di Mata Google?

blog-copy-n-paste-adakah-ia-dianggap-spam-di-mata-google

Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh para penulis blog hari ini adalah apabila kandungan pada blog mereka disalin dengan mudah oleh pemilik blog lain yang tidak bertanggungjawab untuk dijadikan sebagai kandungan di blog mereka.

Daripada sudut SEO, aktiviti ini boleh dianggap sebagai SPAM. Jurutera Google, Matt Cutts memberitahu di dalam video pendek di bawah bahawa, Google tidak menganggap setiap kandungan copy-n-paste sebagai kandungan SPAM. Tetapi, jika ianya 100% disalin bulat-bulat, ianya dianggap sebagai SPAM.

Tonton video di bawah untuk penerangan yang lebih jelas:

Beliau juga berkata bahawa, Google hanya akan menyenaraikan SATU laman web atau blog sahaja apabila sistem Google mengenalpasti terdapat kandungan yang sama (duplicate content) di dalam pangkalan data mereka.

Laman web dan blog lain tidak akan dipaparkan di halaman keputusan carian (SERP) dan laman web atau blog berautoriti sahaja akan dipaparkan melainkan jika pengguna mahu ianya dipaparkan (menggunakan advanced search).

***

Kesimpulannya, jika anda mahu mengambil mana-mana bahagian daripada laman web atau blog lain untuk dimasukkan ke dalam laman web atau blog anda, pastikan anda tidak menyalinnya 100%. Ambil bahagian tertentu sahaja dan bina kandungan unik anda sendiri.

Kredit foto: Sam UL.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,