Blog Copy & Paste: Bagaimana Google Mengesan Artikel Asli? | Bina Blog Dot Com Sendiri

Blog Copy & Paste: Bagaimana Google Mengesan Artikel Asli?

blog-copy-paste-bagaimana-google-mengesan-artikel-asli

Mungkin anda pernah menjumpai blog-blog yang tidak beretika dengan mudahnya menyalin dan menggunakan artikel yang di’copy-n-paste’ daripada blog lain sebagai kandungannya bukan?

Saudara Muhamad Naim di dalam artikel yang saya tulis sebelum ini ada bertanya kepada saya tentang ‘modus operandi’ sebenar sistem Google dalam mengesan blog-blog seperti ini.

Secara lazimnya, Google bot akan masuk ke blog kita untuk ‘crawl’ kandungan yang ada di blog kita secara berkala dan bukannya setiap saat, setiap minit dan setiap hari.

Pengaruh Tempoh Blog Dilawati Google Bot

Jadual ‘crawl’ Google bot ini juga berbeza-beza untuk setiap laman web dan blog. Contohnya, laman-laman berita seperti Berita Harian Online, Sinar Harian Online dan lain-lain sering dimasuki Google bot dan artikel mereka di-indeks dengan pantas sekali.

Antara faktor yang mempengaruhi kekerapan Google bot melakukan proses ‘crawling’ ini adalah PageRank (PR) laman web dan blog kita.

Semakin tinggi PR laman web atau blog kita, Google akan meletakkannya dalam kumpulan yang lebih tinggi. Kumpulan yang lebih tinggi ini akan mendapat keistimewaannya tersendiri – dilawati Google bot dengan lebih kerap setiap hari.

Tonton video di bawah untuk penerangan yang lebih jelas.

3 Tips Menjemput Google Bot Dengan Lebih Cepat

Tiada pilihan lain. Sebagai pemilik blog yang sering berhadapan dengan masalah kandungan yang sering digunakan pihak lain, lawatan Google bot dan bot-bot enjin carian lain sahaja boleh ‘merekod’ siapa yang paling pantas menerbitkan sesuatu kandungan tersebut.

Antara tips yang boleh anda gunakan untuk menjemput bot-bot ini masuk ke blog anda dengan lebih cepat adalah:

#1 – Ping Blog Selepas Terbitkan Artikel Baru: Proses ‘ping’ adalah proses memberitahu servis-servis yang berkaitan dengan enjin carian di Internet tentang sesuatu kandungan baru yang diterbitkan. Anda boleh gunakan laman web Ping-o-Matic untuk melakukan proses ini. Atau anda juga boleh gunakan laman ping tempatan seperti Negaraku.my, Blogr.my & Kartikel.com.

#2 – Sebarkan Pautan Artikel Terbaru Ke Media Sosial: Anda juga boleh gunakan medium Facebook, Twitter, Google+ dan apa sahaja akaun media sosial yang anda ada untuk berkongsi pautan artikel terbaru anda. Selain menjemput bot-bot enjin carian masuk melawat blog anda, cara ini juga boleh mempromosikan blog anda dengan mudah.

#3 – Pasang Sitemap Pada Blog: Peta laman atau lebih dikenali dengan fail Sitemap memaparkan ‘timestamp’ bilakah kali terakhir artikel anda dikemaskini. Ini boleh membantu bot-bot enjin carian untuk mengesan dengan mudah tarikh artikel anda diterbitkan.

Cara Mematikan Gerakan Blog Copy & Paste

Jika anda kurang senang dengan tindakan penulis yang tidak meminta kebenaran untuk menggunakan kandungan yang telah anda terbitkan, anda boleh membuka laporan kepada pihak Google di sini.

Melalui laporan DMCA ini, Google akan membuat siasatan terlebih dahulu dan jika terbukti bahawa terdapat laman web atau blog lain menggunakan kandungan anda, laman web dan blog mereka akan digugurkan daripada sistem carian Google – serta merta.

***

Kesimpulannya, kegiatan seperti blog ‘copy-n-paste’ boleh dibendung dengan cara menjemput bot-bot enjin carian untuk masuk dan ‘crawl’ blog kita dengan lebih cepat sebelum ke blog yang telah menggunakan kandungan kita. Kandungan pertama yang dijumpai oleh bot, itulah kandungan yang dikira asli (Google masih bereksperimen tentang hal ini).

Kredit foto: epSos .de.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,