Buat Blog Sendiri - Ketahui Keperluan Asas Sebuah Blog | Bina Blog Dot Com Sendiri

Buat Blog Sendiri – Ketahui Keperluan Asas Sebuah Blog

buat-blog-sendiri-ketahui-keperluan-asas-sebuah-blog

Untuk membina sebuah blog sendiri, sudah semestinya ia memerlukan beberapa keperluan asas sebelum proses pemasangan blog boleh dilakukan.

Komponen asas ini wajib buat semua pemilik blog berasaskan sistem WordPress, sebuah sistem pengurusan blog sumber terbuka (open source).

Antara 3 keperluan asas untuk sebuah blog adalah:

  1. Nama domain (nama blog).
  2. Web hosting (ruang simpanan blog).
  3. Sistem pengurusan blog (WordPress).

Baiklah, mari kita mula mengenali setiap satu daripada perkara di atas.

#1 – Nama Domain

Bayangkan bahawa blog kita umpama sebuah rumah. Sebuah rumah akan memiliki tapak dan alamatnya yang tersendiri. Jadi, nama domain di sini bertindak sebagai ‘alamat’ kepada rumah kita. Antara contoh nama domain yang popular adalah seperti:

  • .com
  • .net
  • .biz
  • .info
  • .org

Manakala untuk nama domain berjenama tempatan (Malaysia), mungkin anda pernah mengakses laman web yang mempunyai akhiran ‘.my’ di belakangnya seperti:

  • .com.my
  • .my

Pemilihan nama domain adalah unik dan ianya hanya diperuntukkan untuk satu penama atau pemilik sahaja. Sebagai contoh, Encik Ali mahu membeli nama domain bagi blognya dan beliau bercadang mahu menggunakan nama ‘encikali.com’.

Namun, nama tersebut sudah dimiliki oleh orang lain. Maka dengan itu, Encik Ali harus memikirkan nama domain lain seperti ‘encikali.net’, ‘encik-ali.com’ atau ‘encikali.my’.

#2 – Web Hosting

Masih ingat analogi ‘rumah’ sebentar tadi? Baik. Web hosting pula akan bertindak sebagai ‘tapak’ kepada blog kita. Di dalam web hosting ini, fail-fail sistem pengurusan blog akan disimpan dan dijalankan.

Setiap akaun web hosting mempunyai kapasiti storan yang berbeza-beza dan mempunyai ciri-ciri dan spesifikasi yang berbeza-beza.

Pada kebiasaannya, sebuah server mempunyai beberapa akaun web hosting. Akaun-akaun lain dimiliki oleh pemilik blog lain dan mereka adalah ‘jiran’ anda di dalam ‘taman perumahan’ (server) yang sama.

#3 – Sistem Pengurusan Blog (WordPress)

Apabila sebuah ‘rumah’ sudah sedia digunakan, maka kita perlukan sebuah sistem yang boleh membantu kita menguruskan blog kita. Jadi di sini, kita akan menggunakan Sistem Pengurusan Kandungan atau lebih dikenali dengan istilah Content Management System (CMS).

WordPress adalah salah satu CMS yang baik dan menjadi pilihan ramai pemilik blog. Antara faktor menarik kenapa ramai memilih sistem WordPress adalah:

  1. Mudah dipasang.
  2. Mudah diurus.
  3. Mesra pengguna.

Apabila sistem CMS sudah dipasang dan diintegrasikan dengan baik, maka anda sebagai pemilik blog sudah boleh mula menerbitkan artikel, memuatnaik fail media, menguruskan komen pelawat dan mengubah beberapa tetapan blog dengan mudah dan lebih efisyen.

***

Kesimpulannya, memiliki sebuah blog sendiri semakin mudah dengan pelbagai kemudahan yang telah tersedia. Proses perkongsian pengalaman dan ilmu yang kita ada kepada semua orang di sekeliling kita semakin mudah.

Jika anda mahu belajar cara membuat blog sendiri, langkah-demi-langkah, daftarkan diri anda untuk kursus PERCUMA Bina Blog Dot Com Sendiri di sini sekarang dan dapatkan video-video tutorial bernilai RM 799 di dalam Ruangan Ahli.

Kredit foto: MysteryBee.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , , , ,