Cara Buat Menu Pada WordPress | Bina Blog Dot Com Sendiri

Cara Buat Menu Pada WordPress

cara-buat-menu-wordpress

Salah satu kelebihan apabila menggunakan WordPress adalah, kita boleh membuat customization dengan mudah pada website atau blog kita.

Customization itu termasuklah seperti boleh mengubah tema dengan mudah dan mengikut citarasa kita, boleh memasang plugin yang kita perlu dan juga boleh membina dan meletakkan set menu tertentu di bahagian navigation bar website dan blog WordPress kita.

Apabila memiliki menu yang baik, ia akan memudahkan pembaca kita untuk ‘berjalan’ di dalam laman WordPress kita. Daripada segi SEO, struktur navigasi yang bagus ini juga boleh memberikan kesan positif kepada kita.

Apa Yang Boleh Dimasukkan Ke Dalam Menu?

Terdapat 3 elemen yang boleh anda masukkan:

  1. Pages – contoh: halaman Tentang Kami, halaman Hubungi Kami dan halaman Soalan Lazim.
  2. Categories – contoh: kategori Berita, kategori Informasi dan kategori Tutorial.
  3. Custom Link – contoh: pautan website/blog rakan-rakan penulis kita dan pautan akaun media sosial kita.

Bagaimana Caranya Untuk Membina Menu Di Dalam WordPress?

Saya ada sediakan satu tutorial khas untuk anda bagi menerangkan cara-cara untuk membina menu ini pada WordPress. Anda boleh menonton video di bawah untuk melihat bagaimana saya melakukannya.

Langkah-langkah Untuk Membuat Menu Pada WordPress

Berikut adalah langkah-langkah yang saya gunakan untuk mencipta menu seperti di dalam video di atas:

  1. Pergi ke halaman Menus (Appearance > Menus) di dalam bahagian WP Admin.
  2. Cipta satu set menu dan klik butang Create Menu.
  3. Pilih Pages/Categories yang ingin dimasukkan ke dalam set menu tersebut dan klik butang Add to Menu.
  4. Taip URL website/blog lain yang ingin dimasukkan ke dalam set menu dan klik butang Add to Menu (jika mahu).
  5. Susun setiap elemen mengikut pelan yang kita mahu. Tarik ke dalam sedikit untuk menjadikannya sebagai ‘dropdown menu‘.
  6. Klik butang Save Menu.
  7. Klik pada tab Manage Location.
  8. Pilih nama set menu yang kita dibina sebentar tadi di bahagian Primary Menu.
  9. Klik butang Save.
  10. Selesai.

TIP:

Jika anda mahu mengumpul dan meletakkan elemen-elemen menu di dalam satu group dan mahu menjadikan parent group tersebut pasif (tidak mempunyai pautan), letakkan tanda ‘#‘ pada bahagian URL menggantikan ‘http://‘.

***

Kesimpulannya, proses untuk menambah menu pada laman WordPress itu mudah sahaja. Pastikan tema yang anda gunakan itu menyokong Custom Menu.

Jika tema yang anda gunakan tidak menyokong fungsi Custom Menu, sila gunakan tema yang lain.

Selamat mencuba!

Anda Belajar Sesuatu? Sila Kongsikan Tutorial Ini

Adakah anda suka dan belajar sesuatu daripada tutorial ini?

Jika YA, sila kongsikan tutorial ini kepada rakan-rakan blogger anda yang lain di Facebook. Saya pasti mereka juga akan suka dan berterima kasih kepada anda. ;)

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,