Tutorial: Bagaimana Cara Untuk Meletakkan Google Form Dalam WordPress? | Bina Blog Dot Com Sendiri

Tutorial: Bagaimana Cara Untuk Meletakkan Google Form Dalam WordPress?

cara-letak-google-form-dalam-wordpress

Jika dalam urusan harian kita di tempat kerja atau belajar, kita biasa menggunakan borang untuk pelbagai tujuan. Sama juga di Internet, setiap hari kita menggunakan borang untuk pelbagai tujuan.

Antara contoh borang yang kita selalu gunakan di Internet setiap hari adalah seperti Facebook Login, Email Login & WordPress Login (ya, ruangan yang anda masukkan Username & Password itu dipanggil sebagai ‘form’).

Apa Itu Google Form?

Salah satu produk percuma Google dikenali sebagai Google Form dibina bagi memudahkan kita mengumpul maklumat daripada rakan-rakan atau sesiapa sahaja tanpa membinanya sendiri menggunakan kod programming yang memeningkan.

Hanya dengan ‘drag-n-drop‘ beberapa medan (input field), dropdown & sebagainya, kita sudah boleh mengumpul maklumat dengan mudah. Yang lebih menarik, maklumat yang kita terima sudah siap dalam bentuk spreadsheet di mana kita boleh membukanya dengan mudah melalui perisian seperti Microsoft Excel.

Bagaimana Untuk Meletakkan Google Form Ke Dalam WordPress?

Namun begitu, bagi pemilik laman web dan blog, kita mungkin mahu meletakkan Google Form ini ke dalam website atau blog kita bukan?

Untuk meletakkan Google Form ke dalam laman web atau blog berasaskan WordPress, caranya begitu mudah sekali. Anda hanya perlu copy kod Embed yang diberikan oleh Google dan paste ke dalam ruangan artikel di dalam bahagian admin WordPress anda.

Rujuk video tutorial di bawah untuk melihat dengan lebih dekat:

***

Kesimpulannya, proses untuk memasukkan Google Form ke dalam WordPress itu mudah sahaja. Selamat mencuba!

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,