Bagaimanakah Caranya Untuk Meletakkan Facebook Profile Badge Di Dalam Blog WordPress? | Bina Blog Dot Com Sendiri

Bagaimanakah Caranya Untuk Meletakkan Facebook Profile Badge Di Dalam Blog WordPress?

cara-letakkan-facebook-profile-badge-pada-blog-wordpress

Pernahkah anda terlihat Facebook Profile Badge penulis blog yang anda lawati terpampang di bahagian sidebar blognya? Tahukah anda bahawa badge tersebut disediakan percuma oleh Facebook untuk anda?

Ya, ianya percuma. Dan, apa yang lebih menarik adalah, jika anda mengubah maklumat profil akaun Facebook anda seperti nama, gambar profil atau mengemaskini status terbaru, badge ini akan dikemaskini dan bertukar secara automatik!

Menarik bukan?

Jadi, Bagaimana Cara Untuk Memasang Facebook Profile Badge Pada Blog WordPress?

Sila ikut langkah-langkah berikut:

Langkah #1: Log masuk ke akaun FB anda dan klik pada pautan ini.

Langkah #2: Pilih design badge yang anda mahukan. Kemudian, tick dan untick apa yang mahu anda sertakan di dalam badge tersebut.

pasang-facebook-profile-dalam-blog

Langkah #3: Klik butang Save.

Langkah #4: Klik pada butang Other. Kemudian, copy kod yang FB berikan.

letak-facebook-dekat-blog

Langkah #5: Log masuk ke WP Admin blog anda. Pergi ke bahagian Widgets (Appearance > Widgets).

Langkah #6: Drag-n-drop satu Text Widget ke dalam bahagian Sidebar.

Langkah #7: Namakan Text Widget ini. Contoh: Facebook Saya.

Langkah #8: Paste kod yang telah anda copy tadi di bahagian bawah nama Text Widget anda itu.

cara-letak-profile-facebook-dekat-dalam-blog

Langkah #9: Klik butang Save.

Langkah #10: Selesai. Anda akan mula melihat FB Profile Badge anda di bahagian sidebar seperti berikut:

facebook-profile-badge-untuk-blog

TIP:

Untuk keselamatan dan privasi, cuba elakkan daripada memaparkan maklumat-maklumat sulit seperti nombor telefon di dalam FB Profile Badge. Proceed at your own risk. ;)

***

Kesimpulannya, cara untuk meletakkan FB Profile Badge di dalam blog WordPress begitu mudah sekali. Mungkin anda tidak pernah tahu tentang ini sebelum ini dan hari ini anda telah tahu tentangnya.

Selamat mencuba!

Anda Belajar Sesuatu? Sila Kongsikan Tutorial Ini

Adakah anda suka dan belajar sesuatu daripada tutorial ini?

Jika YA, sila kongsikan tutorial ini kepada rakan-rakan blogger anda yang lain di Facebook. Saya pasti mereka juga akan suka dan berterima kasih kepada anda. ;)

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,