Bagaimana Untuk Menutup Sementara Laman WordPress Dengan Mudah? | Bina Blog Dot Com Sendiri

Bagaimana Untuk Menutup Sementara Laman WordPress Dengan Mudah?

cara tutup wordpress

Saya menerima soalan daripada salah seorang bekas pelajar bengkel WordPress Zero2PRO saya, beliau mahu tahu bagaimana caranya untuk menutup sebentar laman WordPress miliknya.

Perkara ini sering berlaku apabila kita sedang membuat beberapa kerja dan kita tidak mahu pengunjung laman WordPress kita melihat kerja kita yang tidak siap.

Untuk memberitahu pengunjung kita yang kita sedang dalam maintenance mode, ada beberapa plugin yang boleh kita gunakan.

Dalam artikel ini, saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana caranya untuk memasang dan menggunakan plugin bernama YITH Maintenance Mode.

Nota:
Anda boleh klik setiap gambar di bawah untuk saiz yang lebih besar.

Contoh Paparan Sebelum Maintenance Mode

sebelum-pasang-plugin

Langkah #1 – Cari & Pasang Plugin

cari-plugin-yith-maintenance-mode

Masuk ke WP Admin > Plugins > Add New dan taip YITH Maintenance Mode dan tekan Enter. Kemudian, tekan pada butang Install Now.

Langkah #2 – Aktifkan Plugin

activate-plugin-yith-maintenance-mode

Kemudian, tekan pada butang Activate.

Langkah #3 – Masuk Ke Halaman Tetapan Plugin

masuk-ke-settings-yith-maintenance-mode

Masuk ke halaman Plugins > Installed Plugins dan klik pada pautan Settings di bawah plugin bernama YITH Maintenance Mode.

Langkah #4 – Aktifkan Mod Selenggara

enable-plugin-yith-maintenance-mode

Tanda kotak di sebelah label Enable Maintenance Mode. Kemudian, klik butang Save di bahagian bawah.

Langkah #5 – Daftar Keluar & Akses Laman WordPress

selepas-pasang-plugin

Sign Out dari WP Admin anda. Kemudian, akses laman WordPress anda. Anda akan melihat paparan seperti di atas. Selesai! 😎

Nota:
Anda boleh menukar logo dan teks di atas di langkah #4.

Jika anda tidak mengubah apa-apa dan hanya tandakan kotak Enable Maintenance Mode, plugin ini akan menggunakan logo dan teks mereka secara automatik.

PENTING: Jangan Lupa Matikan Mod Selenggara!

Apabila kerja-kerja selenggara selesai, jangan lupa matikan mod selenggara ini.

Hanya untick pada kotak Enable Maintenance Mode di langkah #4 dan klik butang Save.

Jika anda tidak buat langkah ini, pengunjung anda tidak akan dapat melihat kandungan sebenar laman WordPress anda.

***

Belajar Sesuatu? Share Tutorial Ini

Jika anda belajar sesuatu daripada tutorial ini, sila kongsikan di Facebook dan tag rakan-rakan blogger anda. Mereka mesti suka!

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,


  • kodeexii

    Salam.

    Yup.. maintenance mode plugins memang bagus untuk menghalang pelawat dari akses website jika perlu.

    Untuk pengguna WooCommerce.. boleh cuba gunakan plugin YITH Woocommerce Catalag Mode.

    Pelawat masih boleh akses kandungan website dan kedai online.. hanya fungsi add to cart sahaja yang di halang.

    Admin akses tidak dihalang.. so boleh buat kerja kerja admin tanpa halangan.

  • TopSeoFriendly

    Kalau dah susah-susah bina blog, buat apa tutup akaun wordpress. Kekalkan hobi menulis di blog, banyak info boleh dikongsikan kepada orang lain.