Bagaimana Cara Untuk Menjadikan Butang Like, Tweet & +1 Terapung Pada Blog? | Bina Blog Dot Com Sendiri

Bagaimana Cara Untuk Menjadikan Butang Like, Tweet & +1 Terapung Pada Blog?

cara-install-facebook-like-pada-blog

Media sosial dan blog adalah gabungan yang cukup sempurna apabila kita bercakap mengenai komponen pemasaran internet. Kedua-dua komponen ini saling melengkapi & memberi kepentingan antara satu sama lain.

Bercakap mengenai kaitan antara media sosial dan blog, social sharing adalah perkara yang semakin mendapat perhatian daripada pengamal media sosial, penulis blog sehinggalah kepada pemain SEO.

Bagi pengguna WordPress (self-hosted), kita ada banyak pilihan. Terdapat pelbagai jenis plugin percuma dan berbayar di pasaran untuk dipasang pada blog bagi memudahkan kita menguruskan social share buttons pada blog.

Salah satu plugin yang boleh kita gunakan adalah Floating Social Bar. Ianya sedikit berbeza dengan Digg Digg plugin di mana plugin ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri di mana ia boleh kekal terapung (floating) pada bahagian atas pelayar web pelawat biarpun mereka skrol ke bawah ketika membaca artikel blog kita.

Cara Untuk Memasang Floating Social Bar – Jadikan Butang Like, Tweet & +1 Terapung

Dalam tutorial kali ini, saya akan tunjukkan kepada anda, langkah demi langkah untuk memasang & menetapkan plugin ini.

Mari kita mulakan!

Langkah #1 – Log masuk ke bahagian admin blog > Plugins > Add New. Pada kotak carian, masukkan ‘Floating Social Bar‘ dan tekan butang ‘Search Plugins‘. Kemudian, klik ‘Install Now‘ seperti di bawah.

cara-letak-social-plugin-pada-blog

Langkah #2 – Aktifkan plugin.

cara-letak-butang-facebook-dalam-blog

Langkah #3 – Kembali pada bahagian Plugins dan klik pada pautan Settings di bawah nama plugin Floating Social Bar seperti di bawah.

cara-pasang-butang-twitter-dekat-blog

Langkah #4Drag-n-drop butang perkongsian media sosial yang anda mahu ke dalam kotak seperti di bawah. Sekurang-kurangnya, pilih 3 media sosial terpenting ini: Facebook, Twitter & Google+.

letak-butang-sosial-media-dalam-blog

Langkah #5 – Pada bahagian ‘Social Label‘ dan ‘Twitter Username‘, masukkan label yang bersesuaian dan tweethandle akaun Twitter anda. Contoh seperti dalam gambar di bawah.

pasang-butang-perkongsian-pada-blog

Langkah #6 – Siap & lakukan ujian. Anda akan mula melihat satu bar baru pada bahagian atas artikel blog anda. Sekarang, cuba anda skrol ke bawah dan lihat magik yang berlaku!

tutorial-pasang-floating-sosial-bar-pada-blog-wordpress

***

Kesimpulannya, proses untuk memasang butang perkongsian sosial pada blog itu mudah sahaja. Malah, kini anda boleh jadikan sharing buttons ini terapung lagi.

Hebat?

Selamat mencuba!

Kredit foto: Thomas Angermann.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,