Buat Duit Dengan Blog: Cara Terbit eBook Sendiri | Bina Blog Dot Com Sendiri

Buat Duit Dengan Blog: Cara Terbit eBook Sendiri

cara buat duit dengan ebook
Antara soalan yang kerap saya terima daripada ahli Bina Blog Dot Com Sendiri dan pembaca Prospek Digital adalah soalan bagaimana caranya untuk buat duit dengan blog.

Apabila bercakap tentang topik jana pendapatan dengan blog ini, ramai yang hanya fikir tentang pengiklanan sahaja. Letak iklan di blog = dapat duit.

Sebenarnya ada banyak cabang perniagaan internet yang boleh kita promosikan menggunakan medium blog. Salah satu daripadanya adalah melalui eBook.

Apa Itu eBook?

eBook atau electronic book adalah sebuah buku digital yang tidak boleh dipegang, tetapi boleh dilihat dan dibaca menggunakan peranti mudah alih seperti komputer, tablet dan smartphone.

Kebiasaannya, format eBook ini dalam bentuk fail PDF di mana format ini adalah format paling ringkas, padat dan bersaiz paling kecil.

Format PDF ini juga diterima oleh hampir semua jenis peranti. Baik saja di komputer, iPad atau di smartphone, eBook dalam format PDF ini boleh dibuka dan dibaca tanpa sebarang masalah.

3 Kelebihan Bisnes eBook

Terdapat banyak sebenarnya kelebihan bisnes eBook ini. Antara yang utama adalah:

  1. Mudah diterbitkan – anda perlu tahu cara guna Microsoft Word sahaja. Ya, tak perlu ilmu advance untuk buat eBook sendiri.
  2. Boleh diterbitkan dengan cepat – anda tak perlu pergi cari penerbit, tak perlu pergi cari pencetak. Hanya perlu luangkan masa sejam sehari untuk menulis eBook tersebut sampai siap. Sudah siap, jual. Susah sekali, untung berkali-kali.
  3. Senang dihantar dan diurus – anda tak perlu ada stor yang besar untuk simpan produk eBook anda seperti buku fizikal yang memerlukan banyak rak. Cukup sekadar ada blog WordPress, anda sudah boleh jual eBook. Apabila ada yang membeli, anda boleh emelkan sahaja eBook tersebut kepada pembeli. Dalam 5 saat, eBook boleh sampai kepada pembeli.

Cara Terbit & Jual eBook

Untuk bahagian ini, saya cuba terangkan dalam bentuk video. Sila tonton video di bawah ini.

Jika anda mahu belajar lebih lanjut tentang cara buat duit dengan eBook, anda boleh dapatkan panduan ini. Panduan ini ditulis oleh sahabat saya, saudara Sham.

Kami pernah sama-sama mengajar usahawan-usahawan muda menggunakan WordPress pada tahun lepas dan saya sudah dengar dan lihat sendiri bagaimana beliau menguruskan bisnes-bisnes eBook beliau.

Saya yakin saudara Sham adalah orang yang tepat untuk anda rujuk jika anda mahu melangkah satu tapak lagi ke depan dalam dunia blogging ini.

Belajar dari mereka yang sudah berjaya, insyaAllah kita juga pasti akan berjaya. ?

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , , , ,