Bagaimana Caranya Untuk Menetapkan Jumlah Entri Di Muka Depan Blog? | Bina Blog Dot Com Sendiri

Bagaimana Caranya Untuk Menetapkan Jumlah Entri Di Muka Depan Blog?

cara-tetapkan-jumlah-entri

Salah satu soalan yang saya terima pada minggu lepas daripada salah seorang pelajar kursus online Bina Blog Dot Com Sendiri adalah, beliau mahu tahu cara untuk menetapkan jumlah post di homepage blognya.

Yakni, beliau mahu tukar kepada jumlah tertentu. Secara umumnya, sistem WordPress akan meletakkan 10 sebagai nilai asal. Nilai ini boleh diubah.

Cara Menukar Jumlah Entri Di Homepage Blog

cara-set-jumlah-post-dekat-blog

Untuk menukar bilangan entri yang akan terpapar itu, anda hanya perlu ubah di bahagian ‘Blog pages show at most‘ pada bahagian Settings > Reading Settings di dalam WordPress Admin blog anda.

Tukar sahaja nilai tersebut mengikut kemahuan anda seperti 5, 7, 15 atau 20. Sebaik-baiknya, jangan terlalu banyak. Ini boleh menjejaskan loading time blog anda kelak.

***

Kesimpulannya, proses untuk mengubah jumlah artikel yang akan keluar di muka depan blog WordPress itu mudah sahaja. Selamat mencuba!

Kredit foto: Serge Kij.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,