Tutorial: Cara Untuk Menukar Categories Kepada Tags Pada Blog WordPress | Bina Blog Dot Com Sendiri

Tutorial: Cara Untuk Menukar Categories Kepada Tags Pada Blog WordPress

cara-tukar-categories-kepada-tags

Saya menerima satu soalan daripada pelajar personal coaching blog saya. Beliau bertanya, bagaimanakah caranya untuk menukar Categories di dalam WordPress kepada Tags?

Situasi ini sering berlaku khususnya kepada mereka yang baru berpindah daripada Blogger (blogspot) kepada WordPress di mana pada Blogger, ia tidak menggunakan Tags. Ia dikenali sebagai Labels.

Apabila proses perpindahan daripada Blogger ke WordPress selesai, Labels ini tadi secara automatiknya akan menjadi Categories di dalam WordPress.

Untuk memastikan kandungan artikel di dalam blog tersusun dengan lebih baik dan sistematik, saya mencadangkan agar pelajar-pelajar saya menggunakan Categories untuk topik-topik umum dan Tags untuk perkara yang lebih spesifik.

Cara Tukar Categories Kepada Tags Pada Blog WordPress

Untuk memudahkan proses, kita akan gunakan sebuah plugin bernama Taxonomy Converter. Tugas plugin ini adalah untuk ‘copy’ (menyalin) Categories kepada Tags atau ‘convert’ (menukar) Categories kepada Tags.

Tonton video di bawah untuk lihat bagaimana cara untuk melakukannya:

Kongsikan Tutorial Kepada Rakan Blogger Anda!

Anda belajar sesuatu dalam tutorial ini? Jika YA, sila kongsikan tutorial ini kepada rakan anda. Saya pasti mereka akan berterima kasih kepada anda.

Selamat mencuba!

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,