SEO | Bina Blog Dot Com Sendiri - Part 3

Apa Pendapat Google Tentang Aktiviti Guest Blogging?

apa-pendapat-google-tentang-aktiviti-guest-blogging
Kita sedia maklum bahawa aktiviti guest blogging mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Namun begitu, tidak semua artikel yang diterbitkan melalui cara ini mempunyai kualiti yang tinggi dan menepati kehendak pembaca di Internet.

Google melalui jurutera sistem mereka, Matt Cutts berkongsi pendapat tentang hal ini. Secara ringkas, mereka tidak menafikan kebaikan dan manfaat aktiviti ini khususnya untuk memperkenalkan para penulis baharu yang benar-benar mahu berkongsi sesuatu yang bernilai di Internet.

Teruskan membaca artikel ini »


Adakah Format Alamat Blog Tanpa ‘WWW’ Dan ‘WWW’ Memberi Kesan Pada SEO?

adakah-format-alamat-blog-tanpa-www-dan-www-memberi-kesan-pada-seo
Mungkin perkara ini bagi seseorang yang tidak memahami tentang kepentingan SEO adalah satu perkara yang remeh. Sebenarnya, menetapkan satu format khusus untuk alamat blog adalah penting dan mempunyai kesan yang cukup besar kepada SEO blog kita.

Hal ini kerana, jika kita menerima 100 backlink dan daripada jumlah itu, 80 backlink menuju ke alamat blog kita yang mempunyai ‘www’ di hadapannya dan hanya 20 backlink sahaja yang menuju ke alamat blog kita yang tidak mempunyai ‘www’ di hadapannya, kita kehilangan 80 backlink kerana blog kita menggunakan format tanpa ‘www’ iaitu ‘blog.com‘.

Teruskan membaca artikel ini »


Apa Itu Google PageRank?

apa-itu-google-pagerank
Kita sudah mengetahui formula rahsia yang digunakan oleh Google untuk menentukan kedudukan laman web berdasarkan carian yang kita buat di laman mereka. Salah satu daripada formula tersebut adalah PageRank (PR).

Secara ringkasnya PageRank ini diberikan sendiri oleh pihak Google dan mereka menggunakannya sebagai salah satu ‘signal’ penting dalam proses ‘saringan’ selepas laman web berjaya diindeks oleh robot mereka.

Teruskan membaca artikel ini »


Bagaimana Google Berfungsi?

bagaimana-google-berfungsi
Kita sedia maklum bahawa Google adalah antara enjin carian paling popular di dunia dan mempunyai ramai pengguna dari setiap pelusuk dunia yang menggunakannya saban hari.

Namun begitu, adakah anda benar-benar faham dan tahu bagaimana Google bekerja dan berfungsi dalam menyediakan keputusan terbaik untuk setiap carian yang anda buat?

Teruskan membaca artikel ini »


3 Kesilapan Lazim Ketika Menggunakan Gambar Di Dalam Blog

3-kesilapan-lazim-ketika-menggunakan-gambar-di-dalam-blog
Selain mendapatkan gambar daripada sumber yang dibenarkan sahaja, gambar yang akan digunakan pada blog juga perlu menepati beberapa ‘peraturan’ tertentu bagi membantu usaha SEO yang sedang kita lakukan.

Walaupun ianya nampak satu perkara yang kecil, hal ini tidak boleh dipandang remeh. Sedikit sebanyak ianya boleh memberi kesan kepada trafik yang akan masuk ke blog kita terutama trafik yang datang melalui enjin carian seperti Google, Yahoo!, Bing dan sebagainya (trafik percuma).

Teruskan membaca artikel ini »