5 Perkara Baru Yang Akan Hadir Dalam WordPress 4.5 | Bina Blog Dot Com Sendiri

5 Perkara Baru Yang Akan Hadir Dalam WordPress 4.5

apa yang baru dalam wordpress 4.5

Jika pada bulan Disember lepas pihak WordPress telah melancarkan versi 4.4 secara rasmi, kini versi 4.5 sudah berada dalam fasa beta dan sedang diuji.

Untuk versi 4.5 kali ini, mereka memfokuskan kepada Theme Customizer dan Post Editor. Mari kita lihat 5 perkara baru dalam WordPress 4.5 akan datang.

5 Fungsi Baru Dalam WordPress 4.5

#1 – Paparan Preview Laman Web Dalam Tablet Dan Smartphone

wordpress 4.5 theme preview

Tahun 2015 adalah tahun “mobile”. Maka untuk tahun 2016, WordPress akan hadir dengan satu fungsi baru di dalam Theme Customizer untuk memudahkan pengguna melihat preview laman web atau blog mereka dalam peranti mudah alih.

#2 – Sokongan Theme Logo Diperkenalkan

wordpress 4.5 theme logo

Selain itu, sokongan logo untuk tema juga akan diperkenalkan dalam versi 4.5 kelak di mana pengguna boleh memuatnaik satu gambar sebagai logo laman web atau blog WordPress mereka.

#3 – Inline Link Editor

Pada Post Editor pula, pengguna boleh klik pada ikon pensel untuk menyunting pautan dengan lebih pantas.

#4 – Shortcut Untuk Bold Dan Code

Selain itu, mereka juga menambah 2 lagi shortcut baru di mana apabila anda menaip **[teks]**, teks tersebut secara automatik akan ditebalkan (bold).

Apabila anda menaip [kod], fontnya akan bertukar kepada font yang biasa digunakan oleh para pembangun laman web.

Bagi anda yang gemar menggunakan shortcut ketika menulis, saya pernah berkongsi tutorial berkaitan shortcut yang boleh anda gunakan ketika menulis di dalam WordPress di sini.

#5 – Pengoptimuman Saiz Gambar

Dan yang terakhir, apabila anda memuatnaik gambar ke sistem WordPress 4.5 kelak, saiz gambar anda akan dioptimumkan dan dipadatkan tanpa menjejaskan kualiti visual gambar.

Menurut WordPress, saiz gambar boleh dikurangkan sehingga 50% dari saiz asal.

***

Bagi anda yang berminat untuk mencuba WordPress 4.5 beta, anda boleh muat turun fail pemasangannya di sini sekarang.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: ,