7 Fungsi Baru Yang Akan Hadir Pada WordPress 4.7 | Bina Blog Dot Com Sendiri

7 Fungsi Baru Yang Akan Hadir Pada WordPress 4.7

7 fungsi baru wordpress 4.7

Beberapa hari lepas, pihak WordPress melancarkan WordPress 4.7 beta. Menurut WordPress, versi stabil akan dilancarkan pada 6 Disember 2016 nanti.

Sebelum ia dilancarkan secara rasmi, mari kita lihat 7 perkara baru yang akan dibawakan oleh versi 4.7 ini nanti.

#1 – Tema Twenty Seventeen

tema twenty seventeen

Jika anda sudah lama menggunakan WordPress, anda sudah maklum bahawa WordPress memberikan satu tema percuma setiap tahun.

Tema tahun ini nampak begitu kemas dan minimal sekali (lihat demo).

#2 – Fungsi Pemasangan Tema Dalam Customizer

tambah tema dalam customizer

Jika sebelum ini kita perlu ke Appearance > Themes untuk menambah tema, kini tidak lagi.

Hanya melalui Customizer sahaja, kita sudah boleh cari dan pasang tema baru. Menarik bukan?

#3 – Guna Video Sebagai Header Blog


video sebagai header blog

Selain menggunakan gambar sebagai header, video sebagai header sudah menjadi trend pada hari ini.

WordPress membawakan fungsi ini kepada kita semua.

#4 – Tambah & Edit Page Di Dalam Customizer

tambah edit page dalam customizer

Pada versi 4.6 dan sebelumnya, kita perlu ke Pages > All Pages untuk menambah dan mengedit halaman-halaman statik.

Pada versi 4.7 kelak, kita boleh melakukannya hanya melalui panel Customizer sahaja.

#5 – Fungsi Custom CSS Terbina

customize css dalam wordpress

Jika anda sedang menggunakan plugin Simple Custom CSS untuk meletakkan kod CSS khas pada WordPress anda, anda sudah tidak perlukannya lagi pada versi 4.7 kelak.

#6 – Tiada Lagi Butang Underline & Justify

tiada lagi underline dan justify

Butang underline dan justify juga telah dibuang pada versi 4.7 ini. Pun begitu, kekunci pintas untuknya masih lagi dikekalkan.

#7 – Pilihan Bahasa Untuk Pentadbir (Admin)

bahasa pentadbir admin blog wordpress

Jika sebelum ini kita hanya boleh menukar bahasa di bahagian Settings, kini kita boleh menetapkan bahasa spesifik untuk para pentadbir blog tanpa menukar bahasa yang dilihat oleh pembaca blog kita.

Sebagai contoh, anda mempunyai blog berbahasa Inggeris dan English (US) merupakan bahasa yang anda gunakan di dalam bahagian Settings, pembaca blog anda akan melihat bahasa Inggeris apabila membaca blog anda.

Sebagai contoh, bulan Januari di bahagian arkib akan dipaparkan sebagai January.

Sebagai pentadbir, jika anda selesa menguruskan blog dalam bahasa Melayu, anda boleh menukarnya di dalam profil anda. Anda lihat bahasa Melayu, pembaca lihat bahasa Inggeris.

***

Bagi anda yang ingin mencuba versi 4.7 beta ini, anda boleh memasang plugin WordPress Beta Tester di blog anda dan mencubanya hari ini.

Memandangkan ia masih dalam fasa beta (ujian), mungkin ada beberapa fungsi tidak berfungsi dengan sempurna.

Sertai Bengkel WordPress Zero2PRO 2.0

wordpress zero2pro 2.0

Mahu belajar WordPress secara LIVE dengan saya selama 2 hari berturut-turut?

Hadir ke Bengkel WordPress Zero2PRO 2.0 yang akan saya adakan pada 10 dan 11 Disember 2016 nanti. Tempat terhad untuk 20 peserta terawal sahaja.

Klik sini sekarang untuk daftar

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,