Bagaimana Caranya Untuk Highlight Teks Tertentu Dalam WordPress? | Bina Blog Dot Com Sendiri

Bagaimana Caranya Untuk Highlight Teks Tertentu Dalam WordPress?

cara highlight teks dalam blog

Bagi anda yang sudah lama menggunakan WordPress, mungkin anda pernah terfikir bagaimana caranya untuk serlahkan (highlight) teks-teks tertentu dalam artikel atau halaman dalam blog WordPress anda bukan?

Saya menerima soalan ini daripada salah seorang peserta personal coaching saya pada minggu lepas. Beliau mahu highlight beberapa teks dalam page beliau dengan warna kuning dan beliau tidak tahu bagaimana untuk melakukannya.

Baiklah, untuk melakukannya, ada 2 pilihan untuk anda. Mari kita lihat satu-per-satu.

Pilihan #1 – Guna Plugin

Jika anda mahu cepat, anda boleh gunakan satu plugin bernama RAD Text Highlighter.

Langkah #1 – Login ke WP Admin > Plugins > Add New. Cari plugin RAD Text Highlighter dan tekan Enter.

Langkah #2Install & activate plugin tersebut.

Langkah #3 – Letakkan kod seperti dalam gambar di bawah di dalam post atau page anda.

cara highlight tulisan dalam wordpress

Nota #1 – Jangan lupa letakkan kod di bahagian akhir teks yang ingin anda highlight. Jika anda letak di depan sahaja, ia tidak akan berfungsi.

Nota #2 – Kod di bahagian belakang mempunyai slash “/” di dalamnya. Rujuk contoh kod di atas ini.

Langkah #4Update post atau page anda tersebut.

Langkah #5 – Selesai. Refresh post atau page anda dan anda akan melihatnya seperti ini.

cara highlight teks dalam blog

Nota #3 – Selain daripada warna kuning seperti di atas, anda boleh menggunakan warna lain (jika mahu).

Cara adalah dengan klik pada Settings > Text Highlighter. Klik pada bahagian Background Color seperti dalam gambar di bawah dan Save.

tukar warna background tulisan dalam blog

Pilihan #2 – Guna HTML & CSS (Advance)

Bagi anda yang tidak mahu menggunakan plugin, anda boleh menggunakan HTML & CSS. Ikut langkah berikut:

Langkah #1 – Log masuk ke WP Admin > Posts dan klik pada post atau page yang mahu anda letakkan text highlighter.

Langkah #2 – Pada Text Editor, klik pada bahagian “Text“. Kod yang akan kita masukkan sebentar lagi tidak akan berfungsi jika kita berada dalam bahagian “Visual”.

Langkah #3 – Copy & paste kod contoh di bawah. Gantikan teks di dalamnya dengan teks anda.

Langkah #4 – Update post atau page anda tersebut. Selesai. Cuba refresh post atau page anda dan anda akan melihatnya seperti ini.

cara highlight teks dalam blog

Tip: Jika anda mahu menggunakan warna lain, cari kod warna tersebut di sini.

Selamat mencuba!

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,