Teknik Mudah SEO: Bagaimana Cara Untuk Menggunakan Plugin All In One SEO Pack? | Bina Blog Dot Com Sendiri

Teknik Mudah SEO: Bagaimana Cara Untuk Menggunakan Plugin All In One SEO Pack?

cara-guna-plugin-all-in-one-seo-pack-pada-blog

Menggunakan sistem WordPress sebagai sistem pengurusan kandungan pada blog kita memberi kelebihannya yang tersendiri. Ini kerana WordPress sedia terkenal sebagai platform CMS yang popular di mana terdapat pelbagai plugins & themes yang disediakan oleh komunitinya.

Salah satu plugin menarik yang boleh anda gunakan pada blog WordPress anda adalah plugin All In One SEO Pack. Plugin ini bertujuan membantu proses On Page SEO pada blog anda.

Klik Di Sini Untuk Download Plugin All In One SEO Pack

Kelebihan Plugin All In One SEO Pack

Antara manfaat menggunakan plugin ini adalah:

  1. Memudahkan kita untuk meletakkan ‘meta description‘ pada artikel kita tanpa memerlukan kemahiran programming yang tinggi.
  2. Memudahkan kita meletakkan ‘meta keyword‘ pada artikel yang kita terbitkan.
  3. Memudahkan kita menulis semula ‘rewrite’ tajuk artikel (jika mahu) agar bot-bot enjin carian membaca dan mengabaikan tajuk asal artikel.
  4. Kawalan pada fail robots.txt di mana kita boleh tandakan sesuatu artikel itu jika kita tidak mahu ianya di-indeks oleh enjin carian.
  5. Kawalan pada fail robots.txt di mana kita juga boleh menandakan semua pautan yang ada di dalam artikel pada blog kita sebagai ‘nofollow‘.

Tetapan Plugin All In One SEO Pack

Berikut adalah settings yang saya gunakan pada plugin ini (klik pada tab All In One SEO di dalam panel admin blog dan klik pada General Settings).

#1 – General Settings

general-settings-all-in-one-seo-plugin

#2 – Home Page Settings

home-page-settings-all-in-one-seo-pack

Tip: Jangan letakkan terlalu banyak keyword pada bahagian Home Keyword. Letak sekitar 5-7 keyword sudah memadai.

#3 – Keyword Settings

all-in-one-seo-keyword-setting

#4 – Title Settings

all-in-one-seo-title-setting

#5 – Custom Post Type Settings

custom-post-type-setting-all-in-one-seo-pack

#6 – Display Settings

all-in-one-seo-display-setting

#7 – Webmaster Verification

all-in-one-seo-webmaster-verification

Nota: Saya tidak meletakkan apa-apa maklumat di sini. Saya sudah mengesahkan akaun Google Webmaster Tools saya menggunakan kaedah HTML File Upload sebelum ini.

#8 – Google Settings

google-settings-all-in-one-seo

Nota: Saya juga tidak meletakkan data Google Analytics di sini kerana saya telah mengesahkan akaun Google Analytics menggunakan plugin ini.

#9 – Noindex Settings

all-in-one-seo-noindex-setting

#10 – Advanced Settings

all-in-one-seo-advanced-settings

Tetapan Plugin All In One SEO Pack Pada Artikel

all-in-one-seo-pack-untuk-blog

Berikut adalah contoh saya menggunakan plugin ini untuk memasukkan tajuk, penerangan artikel dan kata kunci artikel pada artikel sebelum ini.

Anda hanya perlu isikan 3 ruang ini sahaja – Title, Description, Keyword (pisahkan setiap kata kunci dengan tanda koma). Bahagian yang lain adalah pilihan. Saya cadangkan agar anda tidak tandakan pada mana-mana bahagian seterusnya – melainkan anda tahu apa yang sedang anda lakukan.

***

Kesimpulannya, dengan menggunakan plugin All In One SEO Pack ini, kerja-kerja SEO kita semakin mudah. Kita tidak perlu tambah setiap perkara pada kod blog kita. Sebaliknya, hanya isikan tempat kosong, tandakan pada kotak-kotak berkaitan dan selesai. Mudah.

Apa pendapat anda tentang plugin ini? Apakah plugin SEO lain yang sedang anda gunakan?

Kongsikan dengan rakan-rakan lain di ruangan komen di bawah.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,