Tips SEO: Mari Mengenal Apa Itu Sitemap | Bina Blog Dot Com Sendiri

Tips SEO: Mari Mengenal Apa Itu Sitemap

tips-seo-mari-mengenal-apa-itu-sitemap
Jika sebelum ini kita telah tahu secara ringkas apa itu fail robots.txt, hari ini kita akan pelajari pula satu lagi komponen asas yang diperlukan untuk sesebuah laman web dan blog bagi tujuan SEO.

Sitemap atau dalam istilah Bahasa Melayu dipanggil sebagai Peta Laman adalah satu fail format .XML yang digunakan oleh enjin pencari sebagai panduan semasa mengindeks laman web dan blog anda.

Menurut halaman rasmi Sitemaps.org:

Sitemaps are an easy way for webmasters to inform search engines about pages on their sites that are available for crawling. In its simplest form, a Sitemap is an XML file that lists URLs for a site along with additional metadata about each URL (when it was last updated, how often it usually changes, and how important it is, relative to other URLs in the site) so that search engines can more intelligently crawl the site.

Web crawlers usually discover pages from links within the site and from other sites. Sitemaps supplement this data to allow crawlers that support Sitemaps to pick up all URLs in the Sitemap and learn about those URLs using the associated metadata. Using the Sitemap protocol does not guarantee that web pages are included in search engines, but provides hints for web crawlers to do a better job of crawling your site.

Google melalui halaman sokongan Webmaster Tools menyatakan bahawa Sitemap adalah penting bagi:

  • Laman web / blog yang mempunyai kandungan yang dinamik (selalu dikemaskini).
  • Laman web / blog yang sukar dijumpai oleh enjin pencari.
  • Laman web / blog yang masih lagi baru dibina.
  • Laman web / blog yang mempunyai banyak kandungan dan tidak dihubungkan antara satu sama lain dengan baik.

Kepentingan Sitemap Kepada Blog

Maka, jelas di sini kepada kita bahawa melalui Sitemap, enjin pencari boleh mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang kandungan yang telah kita terbitkan.

Berbeza dengan fail robots.txt, fail robots.txt lebih kepada mengawal akses enjin pencari daripada masuk untuk mengindeks kandungan yang terdapat di dalam laman web dan blog sahaja.

Manakala, fail Sitemap memainkan peranan untuk memandu bots daripada enjin carian untuk melihat dengan lebih mendalam semua kandungan yang telah diterbitkan.

Maklumat Yang Disimpan Di Dalam Fail Sitemap

Antara maklumat penting yang disimpan di dalam fail sitemap adalah:

  1. Masa (kandungan) terakhir dikemaskini.
  2. Berapa kerap (kandungan) dikemaskini.
  3. Menetapkan nilai sesuatu halaman.

Anda boleh melihat contoh fail Sitemap di sini.

Bagaimana Untuk Membuat Fail Sitemap?

Untuk Pengguna WordPress

Bagi anda yang menggunakan WordPress, anda boleh menggunakan sebuah plugin khas untuk membuat fail Sitemap bagi kandungan blog anda – Google XML Sitemaps.

Plugin ini secara automatik akan menambah URL bagi kandungan terbaru yang akan diterbitkan. Apa yang perlu anda lakukan adalah, pasang plugin ini dengan betul (melalui halaman tetapan khas, selepas proses muat naik fail plugin berjaya ke direktori blog anda) dan klik pada pautan yang disediakan untuk menjana fail Sitemap pertama anda.

Untuk Bukan Pengguna WordPress

Bagi anda yang tidak menggunakan sistem WordPress, anda boleh gunakan perisian Sitemap Generator untuk membuat fail Sitemap. Seterusnya, muat naik fail sitemap yang telah dijana ke direktori blog atau laman web anda.

Nota:
Proses ini WAJIB diulangi jika terdapat kandungan terbaru ditambah ke laman web atau blog anda. Jika tidak, fail Sitemap anda tidak akan menerima maklumat terbaru tersebut.

***

Kesimpulannya, fail Sitemap merupakan satu komponen yang penting untuk membantu kandungan laman web dan blog anda diindeks dengan baik di Internet. Permudahkan enjin pencari untuk masuk dan melihat kandungan blog dan laman web anda.

Kredit foto: boxman.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , , , ,