Tutorial: Bagaimana Cara Untuk Menambah Pautan Di Dalam Artikel Blog?
Bagi anda yang masih baru dengan WordPress, mungkin anda tertanya-tanya bagaimana cara untuk menambah pautan di dalam artikel blog anda bukan?
Proses menambah pautan (link) pada artikel ini mudah dan tidak melibatkan pengetahuan teknikal yang tinggi. Anda boleh melakukannya sendiri melalui ruang WordPress Dashboard anda sahaja.
Di dalam video tutorial di atas, anda boleh lihat bagaimana proses menambah pautan (link) di dalam artikel blog anda. Beberapa perkara penting yang perlu anda tahu adalah:
- URL – Alamat penuh laman web yang ingin dituju. Biasanya bermula dengan protokol http:// ini. Ruang ini adalah wajib diisi.
- Title – Penerangan ringkas kepada URL anda. Ianya boleh dilihat apabila pembaca meletakkan tetikus mereka pada pautan. Ruang ini adalah pilihan.
- Target – Anda boleh memilih untuk membuka pautan ini di dalam tetingkap baharu (Open in a New Tab) atau membukanya di dalam tetingkap yang sama. Ruang ini adalah pilihan.
***
Kesimpulannya, proses memasukkan pautan (link) pada bahagian artikel di dalam blog anda amat mudah. Kini, anda sudah boleh berkongsi perkara menarik dengan para pembaca blog anda dengan menyertakan pautan laman web ini.
Kredit foto: rustman.
Zulhilmi Zainudin
Latest posts by Zulhilmi Zainudin (see all)
- WordPress 5.0 — Apa Yang Baru? - 16/12/2018
- Berapa Pantas Web Anda Di Smartphone? Semak Sekarang Di Sini - 20/01/2017
- WordPress 4.7 Dilancarkan Secara Rasmi - 17/12/2016
Label: bagaimana untuk letak link dalam blog post, cara letak link dalam blog, cara menambah pautan di dalam artikel blog