Tutorial: Cara Memaparkan (Embed) Twitter Tweet Di Dalam Artikel Pada Blog WordPress | Bina Blog Dot Com Sendiri

Tutorial: Cara Memaparkan (Embed) Twitter Tweet Di Dalam Artikel Pada Blog WordPress

tutorial-cara-memaparkan-embed-twitter-tweet-di-dalam-artikel-pada-blog-wordpress

Seperti yang kita sedia maklum, Twitter merupakan salah satu laman media sosial yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna seluruh dunia hari ini.

Salah satu ciri menarik pada Twitter adalah, kita sebagai pemilik laman web dan blog boleh berkongsi sebarang kemaskini status seseorang pengguna Twitter (dipanggil sebagai ‘Tweet‘) dengan mudah.

Cara tradisional untuk mempamirkan ‘tweet‘ ini adalah dengan mengambil ‘screenshot‘ dalam format imej dan memasukkannya dalam laman web dan blog kita.

Cara Embed Tweet Dalam Blog WordPress

Dengan perkembangan teknologi web hari ini, kita sudah tidak perlu lagi melakukan proses seperti itu. Hanya perlu salin URL tweet tersebut dan masukkan dalam bahagian kod HTML artikel blog WordPress kita.

Untuk melihat dengan lebih jelas, tonton video tutorial di bawah.

***

Kesimpulannya, untuk berkongsi sesuatu tweet pada blog dan laman web berasaskan WordPress, ianya mudah sahaja. Hanya ‘copy-n-paste‘ dan siap!

Kredit: mkhmarketing.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,