WooCommerce Melancarkan Aplikasi Rasmi untuk iPhone | Bina Blog Dot Com Sendiri

WooCommerce Melancarkan Aplikasi Rasmi untuk iPhone

woocommerce-untuk-iphone

Bagi anda yang mempunyai laman web e-dagang berteraskan WordPress, mungkin anda biasa mendengar tentang WooCommerce – sebuah plugin yang boleh menukar laman web WordPress menjadi sebuah kedai online yang begitu mudah untuk diuruskan.

Pihak di sebalik WooCommerce iaitu WooThemes semalam telah mengumumkan secara rasmi di blog mereka bahawa kini setiap pemilik laman web berasaskan WooCommerce boleh menguruskan tempahan yang diterima menggunakan aplikasi rasmi iPhone mereka.

Dengan menggunakan aplikasi ini, pemilik laman web e-dagang sudah boleh melihat tempahan, menguruskan tempahan, melihat laporan jualan dan beberapa perkara lain berkaitan aktiviti jualan di laman web WooCommerce mereka.

woocommerce-pada-iphone

aplikasi-iphone-woocommerce

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan aplikasi ini melalui App Store di sini dengan harga $4.99 sahaja.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,