WordPress 4.4 Dilancarkan Secara Rasmi - Apa Yang Baru? | Bina Blog Dot Com Sendiri

WordPress 4.4 Dilancarkan Secara Rasmi – Apa Yang Baru?

wordpress 4.4

Pada akhir bulan Ogos yang lepas, WordPress telah melancarkan versi 4.3 secara rasmi. Hari ini, setelah 4 bulan dalam fasa pembangunan dan ujian, versi 4.4 pula dilancarkan.

Dengan nama “Clifford“, versi ini hadir dengan beberapa lagi sokongan baru untuk membantu para penulis blog.

Antara perkara baru pada versi 4.4 ini adalah:

#1 – Tema Twenty Sixteen

tema twenty sixteen

Seperti yang kita semua sedia maklum, pasukan WordPress melepaskan sebuah theme pada setiap tahun.

Untuk tahun 2016 yang bakal menjelang, tema Twenty Sixteen diperkenalkan pada versi 4.4 ini.

#2 – Gambar Mobile Friendly

gambar mobile friendly

Tahun 2015 adalah tahun “mobile friendly”. Google juga tidak terkecuali dalam gerakan “mobile first” ini.

Untuk tahun 2016, pasukan WordPress telah memperkenalkan fungsi gambar “responsive” secara terbina dalam versi 4.4.

Setiap gambar yang dimuat naik pada versi ini akan dipaparkan dengan sempurna di semua peranti mudah alih dan anda tidak perlu ubah apa-apa pada tema blog anda.

#3 – Fungsi Embed Artikel

Jika anda pernah meletakkan video YouTube di dalam artikel blog WordPress, kini anda juga boleh meletakkan artikel mana-mana blog WordPress di dalam blog anda dengan mudah.

Hanya perlu “copy-n-paste” sahaja pautan artikel mana-mana blog WordPress ke dalam artikel anda dan ia akan dimasukkan secara automatik dengan menyertakan:

  1. Tajuk artikel tersebut
  2. Sinopsis artikel tersebut
  3. Logo (favicon) laman tersebut
  4. Pautan komen ke artikel di laman tersebut
  5. Butang perkongsian (share button) artikel tersebut

Ini adalah contohnya:

WordPress 4.4 “Clifford”

#4 – Susun Atur Baru Borang Komen

komen wordpress 4.4

Jika sebelum ini ruangan nama, emel dan laman web berada di atas kotak komen, dalam versi 4.4 ini mereka meletakkan kotak komen di atas ruangan nama, emel dan laman web.

#5 – Sokongan REST API Untuk Pembangun

wordpress rest api

Dan yang terakhir pada versi 4.4 ini adalah, sokongan REST API diperkenalkan kepada semua pembangun.

Fungsi ini amat berguna jika anda adalah seorang pembangun sistem web atau aplikasi mudah alih dan mahu mengintegrasikan sistem anda dengan sistem WordPress menggunakan teknologi REST API.

***

Anda sudah boleh menaik taraf ke versi 4.4 ini bermula sekarang. Anda dinasihatkan agar membuat salinan pendua (backup) terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang masalah.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , , ,