January, 2014 | Bina Blog Dot Com Sendiri - Part 2

Infografik: Fakta Menarik Tentang Aktiviti Blogging

infografik-fakta-menarik-tentang-aktiviti-blogging

Blogging merupakan satu aktiviti yang semakin diterima oleh masyarakat. Dengan menulis blog, kita boleh menyampaikan maklumat dengan lebih terperinci dan menarik menggunakan pelbagai media interaktif.

Bagi pemilik bisnes pula, blog boleh dijadikan sebagai salah satu alat pemasaran internet yang berkuasa. Dengan memiliki blog, berita mengenai bisnes lebih mudah disampaikan.

Teruskan membaca artikel ini »


Tutorial: Cara Memasang Google Webmaster Tools Pada Blog WordPress (Video)

cara-memasang-google-webmaster-tools-pada-blog-wordpress
Nota: Klik video di bawah untuk melihat tutorial.

Jika seorang juruterbang melihat status & kesihatan kapal terbangnya hanya melalui panel pemanduannya, seorang penulis blog juga memerlukan sebuah ‘kokpit khas’ bagi memudahkan urusan pentadbiran kesihatan blog.

Google Webmaster Tools (GWT) adalah antara perisian percuma yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Saya ada menulis lebih lanjut tentang GWT ini dalam artikel sebelum ini. Anda boleh baca di sini.

Teruskan membaca artikel ini »


Apa Itu DDoS & Apa Kesannya Kepada Blog?

apa-itu-ddos

Salah satu cabaran apabila menggunakan perisian sumber terbuka adalah, kita terdedah kepada serangan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Setiap perisian mempunyai kelemahannya yang tersendiri biarpun ia sentiasa ditambah baik dari hari ke hari oleh para pembangunnya. Kelemahan ini merangkumi juga kelemahan daripada sudut sekuriti.

Teruskan membaca artikel ini »


Adakah Komen Yang Mengandungi Pautan Dianggap SPAM?

adakah-komen-yang-mengandungi-pautan-dianggap-spam

Saya sering melihat penulis blog baru yang begitu obses meninggalkan komen di blog-blog rakan penulis lain dengan tujuan untuk menambah bilangan backlink semata-mata.

Daripada satu sudut, tidak dinafikan bahawa jumlah backlink masih boleh mempengaruhi SEO blog kita. Namun, apa yang perlu dilihat dengan lebih mendalam adalah, variasi jenis backlink itu. Bukan hanya fokus pada satu jenis backlink sahaja.

Teruskan membaca artikel ini »


5 Ramalan Trend Blogging Pada Tahun 2014

5-ramalan-trend-blogging-pada-tahun-2014

2013 baru sahaja meninggalkan kita. Kini, kita berada di tahun baru, tahun yang lebih mencabar buat kita semua sebagai seorang ahli pemasaran dan penulis blog.

Tahun 2013 telah menyaksikan kepada kita beberapa perkara penting dalam dunia content marketing, SEO, pemasaran dan lain-lain. Dan, sudah pastinya pada tahun 2014 ini, lebih banyak perkara baru akan diperkenalkan dan kita harus bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.

Teruskan membaca artikel ini »