3 Keperluan Asas Sistem Blog WordPress Yang Anda Wajib Ada | Bina Blog Dot Com Sendiri

3 Keperluan Asas Sistem Blog WordPress Yang Anda Wajib Ada

Bagi anda yang masih baru dalam dunia pengurusan dan pentadbiran blog berasaskan sistem WordPress, sudah tentu anda mahu mengetahui apakah keperluan asas sebuah blog WordPress bukan?

Baiklah, di dalam artikel kali ini, saya akan berkongsi dengan anda 3 Keperluan Asas Sistem Blog WordPress Yang Anda Wajib Ada sebelum mula memasang dan membina blog dot com anda sendiri.

#1 – PHP

3-keperluan-asas-sistem-blog-wordpress-yang-anda-wajib-ada-php

PHP merupakan salah satu bahasa pengaturcaraan paling popular di dunia dan menjadi pilihan ramai pengaturcara untuk membina laman web dan sistem berasaskan web.

PHP juga dikenali sebagai server-side scripting di mana melaluinya, fail-fail berkaitan dengan sistem WordPress yang bakal anda pasang selepas ini berfungsi dengan baik dan dinamik.

#2 – MySQL

3-keperluan-asas-sistem-blog-wordpress-yang-anda-wajib-ada-mysql

MySQL pula adalah sistem pengurusan pangkalan data paling popular di mana melaluinya, maklumat dan tetapan akan disimpan di dalam sebuah pangkalan data (database) di dalam beberapa jadual (table).

Apabila blog anda menerima pelawat, MySQL akan bertindak mencari dan memproses kandungan yang akan dipaparkan kepada pelawat berkenaan.

#3 – Apache

3-keperluan-asas-sistem-blog-wordpress-yang-anda-wajib-ada-apache

Seterusnya, sistem yang dipasang pada pelayan (server) anda – Apache. Melalui Apache, permintaan (request) daripada pelawat blog anda melalui pelayar web mereka melalui protokol HTTP akan diproses.

Seterusnya, Apache akan bekerja bersama PHP dan MySQL dan seterusnya disediakan kepada pelawat blog anda. Selain daripada penyediaan kandungan, Apache juga boleh bekerja bersama beberapa panel kawalan popular seperti cPanel yang menjadi pilihan utama para penyedia servis web hosting tempatan.

***

Sebelum anda memiliki akaun web hosting, adalah lebih baik anda bertanyakan kepada penyedia servis web hosting terlebih dahulu dan pastikan pelayan (server) mereka mempunyai komponen-komponen yang tersenarai di atas. Anda juga boleh rujuk halaman ini untuk mengetahui keperluan sistem WordPress yang lebih spesifik.

Kredit foto: Craig A Rodway, Scott Beale, trekkyandy.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , , ,