3 Laman Web Yang Boleh Anda Gunakan Untuk Mengukur Kelajuan Laman Web & Blog | Bina Blog Dot Com Sendiri

3 Laman Web Yang Boleh Anda Gunakan Untuk Mengukur Kelajuan Laman Web & Blog

3-laman-web-yang-boleh-anda-gunakan-untuk-mengukur-kelajuan-laman-web-blog

Dengan kehidupan yang semakin sibuk pada hari ini, setiap detik dalam kehidupan harian kita amat bernilai. Begitu juga kepada pembaca blog kita.

Pembaca blog suka kepada blog yang pantas tempoh ‘loading’nya. Mereka ini golongan yang sibuk dan tidak mempunyai begitu banyak masa untuk menunggu blog-blog yang lambat.

Sebagai seorang pemilik blog, adalah penting bagi kita untuk tahu di mana tahap kelajuan blog kita sekarang. Ini kerana, mungkin kita rasakan blog kita sudah cukup laju. Tetapi, tidak bagi orang lain.

3 Laman Web Untuk Semak Kelajuan Blog

Antara laman web yang boleh anda gunakan untuk mengukur kepantasan laman web dan blog anda adalah:

#1 – Google PageSpeed

test-kelajuan-blog

Google PageSpeed merupakan salah satu produk yang dikeluarkan oleh pihak Google untuk membantu pemilik laman web dan blog menyemak kelajuan laman mereka.

Antara kelebihan menggunakan Google PageSpeed adalah, ia menyenaraikan cadangan yang boleh kita lakukan untuk memperbaiki tahap kelajuan laman web kita untuk kedua-dua jenis pelayar; mobile (peranti mudah alih) dan desktop (komputer dan laptop).

Contoh paparan keputusan Google PageSpeed adalah seperti berikut (klik):

cara-semak-kelajuan-blog

#2 – Pingdom Tools

teknik-semak-kelajuan-laman-web

Selain daripada Google PageSpeed, Pingdom Tools juga menyediakan servis yang sama.

Antara kelebihan Pingdom Tools adalah, ia menyenaraikan aktiviti pelayar (browser) pada saat-saat tertentu, gred prestasi untuk kriteria-kriteria penting untuk melajukan laman web dan blog, analisis penuh kelajuan laman web dan blog dan sejarah prestasi bagi laman web dan blog kita untuk ujian sebelum ini.

Contoh paparan keputusan Pingdom Tools adalah seperti berikut (klik):

cara-semak-speed-blog

#3 – GTMetrix

kaedah-semak-kelajuan-blog

Dan, yang terakhir adalah GTmetrix.

Antara kelebihan menggunakan GTmetrix adalah, ia memaparkan gred-gred penting kepada kriteria yang menyumbang kepada kelajuan laman web dan blog seperti Pingdom Tools, kebolehupayaan untuk membandingkan ‘loading time’ laman web dan blog kita dengan laman web dan blog lain dan memberikan kita sebuah fail laporan PDF untuk dimuat-turun.

Contoh paparan keputusan GTmetrix adalah seperti berikut (klik):

semak-kepantasan-laman-web

Selaju Mana Dikira ‘Laju’?

Jawapan untuk soalan ini agak subjektif untuk dijawab. Ianya bergantung kepada pembaca dan pengguna itu sendiri. Menurut satu kajian, majoriti pengguna Internet boleh bersabar dalam tempoh 6 – 10 saat sahaja. Jika terlalu lama, mereka akan meninggalkan laman web dan blog kita.

Baca: 3 Tips Untuk Menjadikan Blog Anda Disayangi Google.

***

Kesimpulannya, terdapat pelbagai servis percuma yang boleh kita cuba untuk mengukur sejauh mana kelajuan laman web dan blog kita. Servis-servis ini amat membantu dan harus kita gunakan sebaik mungkin.

Berapa Kelajuan Laman Web & Blog Anda?

Kongsikan kelajuan laman web dan blog anda dalam ruangan komen di bawah dengan rakan-rakan yang lain. Mari sama-sama kita bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan laman web dan blog anda perlahan secara ilmiah.

Kredit foto: thinkpanama.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,