5 Fungsi Baru Yang Akan Hadir Pada WordPress 4.3 Kelak | Bina Blog Dot Com Sendiri

5 Fungsi Baru Yang Akan Hadir Pada WordPress 4.3 Kelak

wordpress-4-3
Pada akhir bulan April lalu, WordPress telah mengumumkan versi 4.2 secara rasmi.

Terdapat beberapa fungsi baru yang diperkenalkan termasuklah sokongan emoji dalam penulisan.

Terbaru, pasukan pembangun WordPress telah mengumumkan WordPress 4.3 versi beta.

Saya telah mencuba sendiri versi 4.3 beta ini dan secara peribadi, saya sangat teruja dengannya.

Terdapat 5 perubahan jelas pada versi 4.3 ini.

#1 – Sokongan Menu Dalam Theme Customizer

menus-customizer-wordpress-4-3

Jika sebelum ini anda hanya boleh mengubah menu pada WordPress melalui Appearance > Menus, dalam versi 4.3 kelak, anda boleh mengubah menu blog anda melalui Theme Customizer (Appearance > Customize).

Dengan adanya fungsi ini kelak, setiap perubahan yang anda buat akan dipaparkan secara terus di bahagian kanan (live preview).

#2 – Sokongan Favicon

Bagi pengguna yang mempunyai kemahiran teknikal, proses menambah ikon pada blog seperti di bawah amat mudah sahaja untuk dilakukan.

wordpress-43-favicon

Pun begitu, WordPress digunakan oleh pengguna dari pelbagai latar belakang dan ada diantaranya yang tidak begitu mahir dengan hal-hal teknikal.

Untuk memudahkan pengguna menambah ikon (dipanggil sebagai favicon), anda boleh menambah dan menukar favicon laman WordPress anda dengan mudah melalui halaman General Settings sahaja.

wordpress-4-3-favicon

#3 – Mod Penulisan Pantas

Salah satu gaya penulisan yang popular hari ini adalah Markdown. Ia banyak digunakan oleh editor dalam dunia penerbitan untuk membantu mereka menulis kandungan web dengan lebih pantas.

Dalam versi 4.3 nanti, beberapa fungsi dari Markdown akan dibawa. Contohnya:

  • Apabila anda menaip *, ia akan menjadi bullet point
  • Apabila anda menaip 1., ia akan menjadi number point
  • Apabila anda menaip #teks, ia akan menjadi Heading 1; ##teks, ia akan menjadi Heading 2
  • Apabila anda menaip >teks, ia akan menjadi blockquote

editor-text-markdown-wordpress-4-3

#4 – Press This + Text Editor

Dalam versi 4.2 sekarang, WordPress telah pun berikan sedikit sentuhan pada tool Press This mereka.

Kelak dalam versi 4.3, fungsi Press This akan hadir bersama dengan text editor di mana anda boleh berkongsi sebarang bentuk kandungan dengan lebih mudah ke blog WordPress anda.

Apa yang lebih menarik, kini anda boleh menulis dan menambah kandungan anda sendiri sebelum menerbitkannya di blog anda.

press-this-wordpress-4-3

#5 – Strong Password

Pada versi 4.3 akan datang juga, fungsi Forgot Password juga ditambah baik.

Apabila pengguna sampai ke halaman untuk menetapkan password baru mereka, WordPress secara automatik akan meletakkan password yang kuat seperti di bawah untuk mereka.

password-reset-wordpress-4-3

Password tersebut terdiri daripada gabungan aksara huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol. Jika dilihat dengan lebih dekat, inisiatif ini sangat bagus bagi memperkuatkan lagi tahap sekuriti blog WordPress anda.

Saya pernah menulis tentang bagaimana password yang lemah boleh memberi kesan kepada sekuriti blog WordPress anda di dalam artikel ini.

new-user-password-wordpress-4-3

Seperkara lagi, apabila anda mahu menambah pengguna atau admin baru untuk blog anda, sistem WordPress 4.3 kelak akan menambah satu butang bernama Show password.

Apabila butang ini ditekan, ia akan menetapkan satu password yang kuat untuk pengguna baru yang akan ditambah itu dan menunjukkannya kepada anda.

***

Anda Suka?

WordPress 4.3 masih dalam fasa beta. Ia akan dilepaskan secara rasmi tidak lama lagi.

Apa pendapat anda tentang 5 fungsi baru pada versi 4.3 akan datang ini? Anda suka?

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,