5 Kesilapan Lazim Dalam SEO Yang Sering Dilakukan Oleh Pemilik Laman Web & Blog | Bina Blog Dot Com Sendiri

5 Kesilapan Lazim Dalam SEO Yang Sering Dilakukan Oleh Pemilik Laman Web & Blog

5-kesilapan-lazim-dalam-seo-yang-sering-dilakukan-oleh-pemilik-laman-web-blog

Dalam blogging, kita sedia maklum bahawa SEO itu amat berkuasa dan boleh membantu kita menjemput pelawat baru secara percuma dengan mudah ke blog kita.

Namun begitu, terdapat pelbagai kesilapan yang mungkin kita tidak sengajakan dan tidak sedar. Kesilapan-kesilapan ini mungkin nampak kecil dan remeh sahaja, tetapi ianya boleh memberi kesan yang besar kepada blog kita.

Antara kesilapan lazim dalam SEO adalah:

#1 – Tiada USP

Unique Selling Proposition (USP) merupakan satu terma penting dalam proses penjenamaan. Secara ringkas, USP adalah keistimewaan jenama kita berbanding jenama lain.

Sebagai contoh, jika blog kita memfokuskan tips-tips memasak, apa yang membezakan blog kita dengan blog-blog dalam niche sama di pasaran?

Pilih & fokus pada satu USP pada satu masa. Contohnya, resepi-resepi masakan di dalam blog kita boleh disediakan dalam tempoh 30 minit sahaja. Maka USP blog kita adalah: resepi masakan yang boleh disediakan dengan pantas.

#2 – Skop Yang Terhad

Kesilapan seterusnya adalah, kita cenderung untuk fokus pada satu skop yang terlalu kecil sahaja. Contohnya apabila kita sedang mempromosikan produk digital tentang buat duit dengan blog.

Setiap hari kita menulis artikel tentang cara-cara buat duit dengan blog. Kemudian, kita promosikan artikel kita di Facebook pula. Rakan-rakan Facebook kita datang membaca artikel kita.

Tidak dinafikan, cara ini memang membantu proses pemasaran blog kita. Tetapi, kesilapan yang sering dilakukan adalah, kita fokus kepada ‘teknik buat duit dengan blog’ semata-mata.

Apa yang boleh kita lakukan khususnya apabila sedang mempromosikan sesuatu, luaskan lagi skop kita tersebut. Fikirkan cara bagaimana untuk kita menarik golongan yang masih belum mempunyai blog untuk mempunyai blog terlebih dahulu.

Buat satu artikel ringkas dan ceritakan kepada mereka bagaimana proses untuk membuat blog. Bina kesedaran. Kemudian, baru fokus untuk bantu golongan pembaca ini dan kongsikan dengan mereka tips buat duit dengan blog secara lembut.

#3 – Gaya Lama

Proses SEO pada hari ini semakin mudah dengan adanya pelbagai sistem pengurusan kandungan seperti WordPress, Blogger, Tumblr dan sebagainya.

Oleh itu, gunakan sistem-sistem seperti ini sebaik mungkin. Cara lama seperti mengedit dan memuat naik fail Sitemap setiap kali kita menulis artikel baru sudah perlu ditukar.

Manfaatkan plugin-plugin yang tersedia di pasaran untuk bantu kita mempercepatkan proses SEO blog kita. Dalam kes ini, plugin Google XML Sitemaps boleh membantu kita mengemaskini fail Sitemap blog dengan mudah dan pantas.

#4 – Tiada Nilai

Antara bahagian penting dalam Content Marketing adalah kandungan yang benar-benar berkualiti dan boleh menambah nilai para pembaca.

Rata-rata mereka yang masih baru dengan dunia SEO sering menganggap bahawa ulangan kata kunci (keyword density) di dalam artikel blog adalah satu-satunya cara untuk menolak artikel blog kita ke atas di muka surat hasil carian Google.

Sebenarnya, mereka ini silap. Google dan enjin carian lain tidak melihat pada ulangan kata kunci semata-mata. Mereka menggunakan pelbagai algorithm untuk mengukur adakah blog kita benar-benar relevan untuk setiap kata kunci.

Sediakan kandungan yang berkualiti yang pembaca mahukan terlebih dahulu. Mereka ini yang akan membantu kita mengoptimumkan proses SEO blog kita dengan berkongsi artikel yang mereka suka kepada rakan-rakan mereka yang lain.

#5 – Lambat Bertindak

Proses SEO itu mempunyai pelbagai seninya yang tersendiri. Antara seninya adalah untuk faham dan kenal pasti gaya pembaca blog kita.

Sebagai contoh, kita mendapati bahawa rata-rata pembaca blog kita meninggalkan blog kita dalam tempoh 10 saat pertama mereka masuk ke blog kita.

Daripada sini, kita boleh membuat beberapa andaian awal seperti:

  • Adakah design blog kita kurang menarik?
  • Adakah artikel blog kita tidak menjawab soalan pembaca?
  • Atau, adakah kerana blog kita terlalu lama untuk loading?

Daripada hipotesis-hipotesis ini, maka kita perlu cepat bertindak. Kaji dan teliti apa sebab-sebab yang mendorong kepada pemasalahan di atas.

Sediakan borang survey online dan berikan borang survey itu kepada pembaca blog kita. Cara ini adalah cara paling mudah dan pantas untuk kita akses kepada kehendak sebenar pembaca terhadap blog kita.

***

Kesimpulannya, proses SEO itu merangkumi pelbagai aspek termasuk User Experience (UX) yang baik, penjenamaan, nilai dan sejauh mana kita boleh memberi dan membantu para pembaca blog kita. Lihat dengan lebih mendalam dan lakukan perubahan sedikit demi sedikit selari dengan kehendak pembaca.

Kredit foto: Leandro Amato.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,