5 Tips SEO Mudah Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang Sebelum Ini | Bina Blog Dot Com Sendiri

5 Tips SEO Mudah Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang Sebelum Ini

tips-seo-untuk-blog
Sejak kebelakangan ini, Google banyak mengeluarkan pelbagai bentuk kemaskini pada algorithm mereka sekaligus memberi kesan kepada kita sebagai penulis blog.

Setiap kali algorithm dilepaskan, maka akan timbul pelbagai rungutan dan cemuhan daripada golongan yang aktif dengan SEO.

Mahu tidak mahu, kita terpaksa akur dengan keputusan Google. Apa yang boleh kita buat adalah, menambah dan mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu-ilmu baru berkaitan SEO.

Pat Flynn dari Smart Passive Income ada berkongsi 5 tips mudah untuk SEO blog di saluran YouTube beliau. Tips-tips ini mungkin nampak simple, tetapi hakikatnya ramai dalam kalangan kita yang selalu mengabaikannya.

Tonton video di bawah untuk melihat & mendengar tips yang dimaksudkan:

Tips Mudah SEO Untuk Blog

Berikut adalah 5 tips yang dimaksudkan oleh beliau dalam video di atas:

#1 – Optimasikan Imej Sebaik Mungkin

Google bot seperti yang kita tahu hanya boleh membaca kandungan dalam bentuk teks sahaja. Ia tidak boleh membaca kandungan dalam bentuk gambar biarpun gambar itu dalam format apa sekalipun.

Justeru, 3 komponen terpenting apabila kita mahu memasukkan gambar di dalam artikel pada blog adalah:

  1. Nama fail gambar (contoh: biskut-raya.jpg).
  2. Title (contoh: biskut raya).
  3. Alternate tag (contoh: biskut raya).

Saya ada menulis lebih lanjut mengenai perkara ini dalam artikel sebelum ini.

#2 – Pendekkan Permalink

Jika kita menerbitkan artikel bertajuk ‘5 Cara Untuk Hilangkan Rasa Mengantuk Ketika Di Dalam Kelas‘, sistem WordPress secara automatik akan menulis URL artikel ini seperti berikut:

www.blog-kita.com/5-cara-untuk-hilangkan-rasa-mengantuk-ketika-di-dalam-kelas/

Dalam konteks SEO, kita boleh memendekkan lagi URL di atas menjadi:

www.blog-kita.com/cara-untuk-hilangkan-mengantuk/

Dengan memendekkan URL permalink, ia akan memberi nilai tambah kepada On Page SEO blog kita.

#3 – Bina Akaun Google+ Untuk Blog

Google+ merupakan rangkaian media sosial di bawah jenama Google. Apa yang boleh kita buat sebagai pemilik blog adalah, membuka sebuah akaun Google+ for Business untuk blog kita.

Seterusnya, tambah URL blog kita di bahagian About pada profil akaun tersebut. Backlink yang datang daripada Google+ ini merupakan antara backlink yang tinggi & ‘mahal’ nilainya dalam SEO.

Baca: Apa Itu Backlink?

#4 – Mula Bina Akaun YouTube (Dan Buat Video)

Seperti yang saya tulis pada artikel sebelum ini, bermula tahun ini dan seterusnya, kandungan berbentuk video akan semakin bertambah dan semakin digemari oleh pengguna Internet.

Oleh itu, ambil kesempatan ini untuk buka sebuah channel khas di YouTube dan terbitkan kandungan video pertama anda dan sertakan pautan-pautan menarik ke blog. Ini juga dikira backlink yang baik.

Jika anda sudah mempunyai akaun YouTube, langgan channel Bina Blog Dot Com Sendiri di sini ya!

#5 – No Follow Pautan Yang Kurang Penting

No follow tag merupakan antara kod HTML terpenting dalam dunia SEO. Apabila kita menyertakan pautan keluar ke mana-mana laman web atau blog yang kurang penting, kita sebenarnya telah ‘mengalirkan’ autoriti blog kita kepada laman web dan blog tersebut.

Oleh itu, berhati-hati dalam ‘memberi backlink’. Jika ianya benar-benar bermanfaat kepada pembaca, maka tidak mengapa untuk berikan ‘do follow backlink’. Sebaliknya, jika ia kurang penting seperti laman-laman jualan affiliate, maka sertakan no-follow tag pada pautan tersebut.

***

Kesimpulannya, 5 perkara di atas sebenarnya bukan perkara baru dalam SEO. Cuma mungkin ia nampak simple dan kita mengabaikannya sebelum ini.

Jangan abaikan perkara-perkara kecil seperti ini kerana mungkin perkara-perkara kecil seperti ini boleh membezakan ranking blog anda di Google kelak.

Kredit foto: Piutus.

The following two tabs change content below.

Zulhilmi Zainudin

Pereka grafik & pembangun laman web at Zulh Freelancer(tm)
Mempunyai kepakaran di dalam bidang rekaan grafik dan pembangunan laman web berasaskan sistem WordPress. Pengasas projek Bina Blog Dot Com Sendiri.

Label: , ,